Pages

Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Monday, February 16, 2015

Kepentingan Membaca di Kalangan Kanak-kanak

Iqra'.

Perkataan pertama yang disampaikan pada detik permulaan Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasulullah. Apakah yang dapat kita belajar dari situ?

Okay, betul. Tapi bukan hanya sejarah dan hukum tajwid sahaja. Fikirkan.

Permulaan al-Quran itu adalah perintah Allah kepada Nabi Muhammad untuk membaca. Bukan solat, puasa atau zakat yang disampaikan kepada nabi. Baca! Itu yang pertama.

Benar pepatah Melayu mengatakan membaca itu jambatan ilmu. Memang benar ilmu itu boleh dicari dengan menuntut di bawah guru yang ahlinya, menghadiri majlis ilmu dan lain-lain. Saya akui keberkesanan membaca ini lebih daripada sekadar dengar. Jika dengar pun kita perlu menulis untuk dibaca di kemudian hari. Kemudian, kita baca lagi. Dan baca lagi dan lagi. Sampailah kita ingat sesuatu ilmu itu.

Kelebihan membaca ini, kita boleh pilih masa kita sendiri tanpa terikat dengan masa orang lain. Feel membaca ni lain. Macam kad raya dan ucapan raya. Lain jugak feel dia. Betul kan? Eleh tak mau mengaku. Kalau tak kenapa la kad raya masih lagi laku sampai sekarang ni.

Di Malaysia ini sebenarnya masih ramai lagi kanak-kanak yang tidak tahu membaca walaupun sudah berganjak ke sekolah menengah. Dah masuk alam remaja itu. Saya memandang ini sebagai satu kerugian. Rugi pabila mereka kurang upaya mendapatkan ilmu daripada sumber bacaan. Lihatkan di mana-mana pun konsep belajar itu perlu ada kemahiran membaca dan memahami.

Sungguh rugi bukan? Khususnya kepada anak-anak sebangsa dan seagama dengan kita.

Berapa ramai antara mereka yang sudi menghadirkan diri ke majlis ilmu. Ceramah agama? Perdebatan isu semasa?

Tidak ramai...

Mereka ini kadang-kala senyap-senyap membeli sumber bacaan untuk mendapatkan ilmu. Itu bagi yang boleh membaca. Bagaimana mereka...mereka yang tidak pandai membaca? Ini suatu perbincangan yang besar.

Kanak-kanak perlu diajar untuk membaca. Sampai lancar. Sampai faham apa yang mereka baca. Ibu bapa jika tidak tahu menasihatkan anak, tidak pandai berleter, malu menegur takut dilabel tidak sporting sila dengan senyap hadiahkan anak dengan buku-buku keagamaan dan pendidikan.

Itu usaha kita. Biarlah sedikit usaha itu, usaha yang seakan tidak nampak itu dapat membuahkan satu individu yang celik. Bukan individu yang tidak terbimbing oleh kerana kealpaan kita.

Membaca boleh dijadikan sebagai hobi. Jika kita berjaya menjadikan membaca ini hobi di kalangan kanak-kanak, lebih mudah untuk kita menyampaikan maklumat yang berguna. Bila sudah pandai membaca lebih-lebih lagi sumber bacaannya elok-elok dan bermanfaat, saya yakin mereka akan lebih terbuka untuk mendengar pula. Mendengar isu perbincangan yang sama dalam versi suara. Saya yakin!

Sunday, May 22, 2011

Baiknya Laman Sosial


Laman sosial tidak hanya mendatangkan keburukan. Ada juga baiknya cuma kita sendiri yang perlu memilih mempergunakannya ke arah kebaikan atau sebaliknya. Banyak perkara yang dapat dilakukan melalui laman sosial. Susah juga masa sekarang ni kalau takde bende ni.

Melalui laman sosial kita boleh terus berhubung dengan keluarga yang jauh di mata dekat di hati tu. Bolehlah kita update keadaan latest keluarga di rumah walaupun kita berada jauh dari keluarga. Kan mudah tu boleh chit chat dengan family citer panjang lebar pun takpe.

Laman sosial juga membuka peluang perniagaan. Kan ramai sekarang ni orang niaga guna facebook la ape la tu. Jual baju, jual jam, jual accessory, kasut, dan macam-macam lagi la. Bolehla buat pendapatan sampingan. Hanya perlu terima order dan post je takpun COD (cash on delivery/terima tangan ke tangan).

Berita dapat disebarkan dengan pantas, cepat dan laju. Ceh macam slogan polis yang lama tu je; mesra, cepat dan betul. Bukan berita semasa je, kadang-kadang pengumuman ke apa ke kan mudah disampaikan melalui laman sosial. Tapi kalau orang lain pun rajin buka laman sosial tu cam kamu la. Tapi yang pasti still boleh dijadikan satu alternatif.

Juga, melalui laman sosial kita boleh berbincang dengan rakan-rakan dalam satu group sekaligus dalam satu masa. Buatlah group sekolah ke, coursemate ke, family terdekat ke, group usroh pun bleh buat tuk bincang hal-hal agama. Kalau yang group sekolah atau coursemate tu bolehla bincang pasal assignment. Kan elok tu.

Jemputan juga boleh dilakukan di laman sosial. Majlis kahwin, aktiviti santai, majlis doa selamat dan macam-macam lagi boleh juga dilakukan melalui laman sosial. Tapi sebagai satu alternatifla ye. Yang dah memang patut guna kad jemputan tu terpaksalah guna juga. Kad kad juga, facebook facebook juga. Eh! Ni dah macam promote facebook dah ni.

Banyak lagi sebenarnya, apa kata sama-sama kita fikirkan. Duduk betul-betul lalu mari kita sama-sama fikir kebaikan-kebaikannya, jangan lupa juga keburukannya seperti yang telah kita bincangkan sebelum ni. Okay selamat menempuh hari-hari anda dengan penuh ceria.

Sunday, May 15, 2011

Bahaya Laman Sosial

Baru sahaja tadi peti ajaib dalam rumah saya menyiarkan tentang keburukan laman sosial. Banyak sudah berita sebegini digemparkan melalui akhbar-akhbar, media cetak, media elektronik dan yang sewaktu dengannya. Segala berita dapat disalurkan dengan cepat dan pantas tatkala media massa yang ada menjalankan peranan yang sewajarnya. Itulah baiknya media massa ni bila kena pada tempatnya.

Melalui media massa banyak berita-berita yang boleh membuka mata rakyat terhadap isu-isu yang diutarakan. Namun, masih ramai jua yang sengaja memejamkan mata. Harap kita semua taklah macam tu. Sentiasa celik mata malah minda juga hendaknya. InsyaAllah.

Kita kupas mengenai keburukan laman sosial jom. Ala..yang gitu-gitu tu. Yang korang dok klik-klik, tekan-tekan hantar komen kat member tula. Buat-buat tak tau pulak.

Pertama sekali, laman sosial ni kadang-kadang boleh buat kita leka. Eh bukan kadang-kadang lagi, selalu sangat dah. Jangan tak mengaku. Leka punya pasal lah kita tak siap kerja sekolah, lupa basuh baju, lupa tutup api nasi (hah makan nasi rentung la kau.) dan macam-macam lagi. Jangan sampai solat lima waktu dijamakkan dalam satu waktu dah la ye. Sepatutnya kita utamakan yang perlu dahulu. Selalu orang cakap hobinya bermain komputer tapi kalau dah sepanjang hari menghadap komputer bukan hobi lagi dah tu. Hobi kan buat masa terluang je. Tak gitu?

Ramai orang tak sedar yang laman sosial ni boleh jadi punca penyebaran fitnah. Tak caya? Kadang-kadang kita gaduh main-main pun orang ingat betul-betul. Yang duk tayang gambar berkepit-kepit dengan bukan muhrim tu, kat tempat yang meragukan pulak tu apatah lagi orang duk mengata. Janganla duk tayang-tayang dan lagi janganlah duk berkepit-kepit tu, kawan.

Statistik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menunjukkan bahawa berlaku satu kes penceraian bagi setiap 15 minit. Wow! Salah satunya berpunca daripada kecurangan yang bermula daripada laman sosial. Macam mana tu? Pertama, cari-cari nama kekasih lama lepas tu hantar mesej bertanya khabar, makin lama makin rapat semula, buka kisah-kisah lama, pastu sendiri mau ingatla. Usahlah gatal tangan nak tanya-tanya khabar. Lainlah kalau terjumpa kat luar lalu tegur sebagai tanda hormat. Jangan dipanjangkan lagi pula. Ingat anak bini, bang. Kesian kat isteri/suami yang setia bersama dan juga anak-anak tu. Ada pulak tu, mat bangla, mat pet, mat togak semua dia layan. Camne tak runtuh institusi kekeluargaan. Dunia...dunia...

Selain itu, laman sosial pun boleh dijadikan tempat menyebarkan dakyah-dakyah yang menyesatkan, berita yang tidak benar dan sebagainya. Fanpage la apa la kan ada macam-macam sekarang ni. Pastu ramai pula yang sokong kalau rasa sesuatu tu macam betul je. Baru macam, bukan betul-betul sahih lagi. Biasala orang kita, mudah sangat termakan kata-kata. Tak hairanlah kaum Melayu jugalah paling ramai tertipu dan ditipu. Patutlah Tipah tertipu, tak pernah pulak dengan Teresha tertipu ke, Talia tertipu ke. Hati lembutla katakan. Kelembuatan bukan kelemahan ye, tapi dah sendiri yang menonjolkan kelembutan tu sebagai kelemahan apa boleh buat. Orang lain tak boleh tolong, ah long lagilah tak boleh tolong, jadi polong bolehla.

Jaga-jaga pula yang terlebih mempersembahkan gambar masing-masing kat laman sosial tu. Orang sekarang ni macam-macam perangai lagi-lagi dengan kecanggihan teknologi. Tak pasal-pasal muka kita kena copy paste dan disalahgunakan. Nak letak gambar tak salah untuk orang kenal kita cukupla. Ni sampai 300 pictures, 300 300 pictures tu pulak semua muka gambar passport je. Cuma mimik muka je lain apekehenyo. Dan seelok-eloknya letaklah gambar yang tidak mendatangkan dosa kepada diri kita sendiri, tertutup auratnya, tidak mendedahkan aib orang dan sebagainya. Jangan suka-suka lalu dapat dosa pula.

“Page gua, gua punya hal la. Lu sebok buat apa.”

Terserah kepada kita sendiri bagaimana sikap keprihatinan dan hati-hati kita terhadap diri kita. Mungkin  juga melibatkan orang lain. Ya, pasti ada penglibatannya jangan pula kita yang buat-buat macam tak ada. Perkara yang kecil jua boleh menjadi besar jika dibiarkan berterusan. Sama-sama kita beringat ya.

Kura-kura labi-labi, buat-buat buta meranalah diri.

Monday, May 2, 2011

Kelebihan Solat: Sedikitnya Mereka yang Sedar



أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله الصلاة فإن صلحت فقد أفلح و أنجح و إن نقضت فقد خاب و خسر


Rasulullah SAW bersabda : perkara pertama yang akan dinilai oleh Allah SWT di akhirat kelak adalah solat, oleh itu, jika seseorang hamba itu baik solatnya maka dia akan mendapat kejayaan dan sebaliknya pula jika dia tidak menyempurnakannya, dia akan mendapat kekecewaan dan kerugian.
[ Diriwayatkan oleh At-Tabrani ]

Solat itu tiang agama. Jika tiada solat, goyang dan runtuhlah agama. Begitulah gambaran pentingnya solat. Namun, dunia kini lebih disibukkan dengan perkara-perkara yang menyingkirkan solat dalam jadual harian manusia. Kadang-kala bukan tiada masa, malah sengaja tidak diendahkan masa terluang untuk bersolat itu. Bayangkanlah yang bershopping di shopping complex ada saja yang sengaja menganggap surau tidak wujud di complex tersebut. Ada pula yang sudah berada di depan mata tetapi mungkin mata hatinya tidak terlihat akan indahnya suasana solat itu. Hanya menunggu sahabat selesai sembahyang di dalam, dia berzikir menekan butang handphone di luar. Satu ilustrasi yang berlaku di shopping complex.

Semasa saya menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2007, jurulatih program amat menitik beratkan solat. Siapa saja yang lewat ke surau untuk solat berjemaah akan didenda. Kelakar rasanya ketika itu kerana ada denda tu, kena berlari angkat tilam sebab bangun lewat Subuh. Selalu orang yang berada di atas, sekarang hah rasa pula tilam yang berada di atas. 

Pada beberapa hari di awal program itu jurulatih ada bertanya siapa yang tidak tahu bacaan dalam solat. Semua nampak malu-malu nak angkat tangan. Adalah dalam 20 orang yang mengaku. Tetapi selepas ditanya semula, ditapis, rupanya kira-kira 60 orang lelaki dan 50 orang perempuan daripada 400 pelatih tidak hafal beberapa bacaan dalam solat. Saya terkejut pada masa itu, yalah usia sudah menjangkau 18 tahun. Jadi boleh dianggarkan kira kira 25% -30% daipada jumlah keseluruhan pelatih. Ramai tak?

Okey tu cerita semasa PLKN, sumber daripada akhbar Metro Harian pula mengatakan seramai 70% rakyat Malaysia tidak mengutamakan solat 5 waktu sehari semalam.70% tuuuuu..WOW! Maknanya hanya 30% sahaja yang benar-benar menjaga solat. Jadi, saya tidak hairanlah kenapa semasa PLKN tu ramai yang tak tahu bacaan dan tak tahu membaca jawi. Mungkin kerana lupa kerana tidak mempraktikkan solat dan mungkin juga tidak dibesarkan dengan suasana Islam. Malah untuk sesetengah pelatih, semua bacaan yang diajar terpaksa ditukar dalam sebutan rumi. 

Solat ini mempunyai banyak kelebihan. Allah Maha Bijaksana pasti menetapkan sesuatu itu ada hikmah yang tersembunyi supaya kita berfikir lalu sedar akan kekuasaan-Nya.

1) Mencegah perkara keji dan mungkar

"Sesungguhnya solat (yang sebenarnya) itu dapat menghindari diri kamu daripada perkara-perkara keji dan mungkar." (Surah Al-'Ankabut ayat 45)

InsyaAllah dengan solat kita selalu berjaga-jaga untuk melakukan perkara yang mungkar. 5 kali kita diingatkan dalam sehari.

2) Regangan otot

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh.”
-Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya

3) Memberi ketenangan

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang.”
-Ng Siew Chok

EEG (Electroencephalography) sejenis alat yang digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. Beliau dapati, tamakninah ketika berdiri seketika sebelum sujud itu merupakan keadaan yang paling tenang di mana gelombang alfa meningkat dengan mendadak. Selain itu, beliau berkata solat dapat meningkatkan fungsi otak untuk bersedia menghadapi sesuatu cabaran.

4) Melatih disiplin masa

Solat 5 waktu tu bukan boleh dilakukan bila-bila masa. Tak boleh juga sekali gus menunaikan kelima-lima solat tersebut. Namun, ianya sudah ditetapkan masa-masa tertentu untuk menunaikannya. Jadi, kita akan terlatih melakukan sesuatu perkara dalam masa yang ditetapkan. Be punctual bak kate orang putih.

5) Mengalirkan cas positif

Ketika solat berjemaah, bahu-bahu yang bersentuhan akan menyebabkan cas-cas positif mengalir. Orang yang bertenaga mengalirkan cas postitif kepada orang yang keletihan. Itu pasallah kita tengok orang yang selalu solat berjemaah ni nampak bertenaga je selalu. Dah lah dapat pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian, kebaikan kepada tubuh pun 27 macam yang kita dapat, mungkin.

6) Melegakan sakit pinggang

Postur yang sesuai ketika solat dapat merawat sakit pinggang lagi-lagi ketika solat tarawih. Laa yang kita lakukan tiap-tiap malam bulan puasa tu. Hasil kajian Dr. Fatimah Ibrahim membuktikan perkara tersebut.

7) Menurunkan tekanan jantung

Apa yang menarik, hasil kajian pakar pesakit jantung menyatakan denyutan jantung berada pada tahap yang paling rendah ketika bersujud. Jadi, terapi solat telah diperkenalkan kepada pesakit-pesakit jantung pada masa kini.

Hah nampak kan berapa banyak kelebihannya? Itu baru beberapa dan mungkin banyak lagi. Jadi, marilah kita  ceriakan hidup dengan solat. Jangan lupa solat yee..

Alhamdulillah Masjid Dibina




Assalamualaikum wbt.

Semoga sihat dan ceria selalu saudara saudari, semakin ceria dan yang paling penting, sentiasa di bawah redha Ilahi. Segala sesuatu yang kita lakukan semalam, hari ini, dan  esok moga-moga sentiasa diberkati. InsyaAllah.

Membina masjid pasti memerlukan bajet yang besar. Tahniah kepada yang bermurah hati mewakafkan masjid untuk kegunaan masyarakat setempat. Anda telah melabur saham akhirat selagi masjid tersebut digunakan. Untung tak? Manakan tak untung kalau masjid tu digunakan untuk 5 generasi akan datang. Itu kalau 5 generasi, kalau lebih? Berapa ramai pula yang mengimarahkan masjid itu? Tahniah lagi sekali.

Sekarang kita beralih pula kepada perkahwinan. Orang kata berkahwin ni umpama bina masjid juga kan?

"Hah kenapa pulak? Pandai-pendai je kau ni."

Yela bila berkahwin kita akan menambah bilangan umat nabi Muhammad. Dengan generasi baru itulah kita akan terapkan nilai-nilai murni berasaskan Islam atau dengan kata lain membentuk umat gemilang. Samalah dengan fungsi masjid iaitu tempat menyebarkan ilmu pengetahuan untuk membentuk insan kamil dan gemilang.

Tanggal 1 Mei 2011, sepupu lelaki saya selamat diijab kabulkan di masjid bertempat di Batang Kali, Selangor. Cucu ke 5 bagi nenek dan datuk saya berumur genap 20 tahun pada bulan Oktober nanti. Majlis dijalankan secara sederhana tetapi cukup memuaskan. Tiada kekurangan yang nyata dalam majlis tersebut.

Tahniah kepada sepupu saya ini kerana berjaya memulakan langkah awal. Semoga perkahwinannya diberkati Allah dan berkekalan kasih sayang antara keduanya.

Saya menghormati keputusannya untuk berkahwin awal. Sudah bekerja dan rasanya tiada sebarang halangan baginya untuk menjalani hidup berpasangan. InsyaAllah hikmah berkahwin awal ini menyebabkan dia lebih cepat matang dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini. Bolehlah berkongsi pengalaman baik dengan sepupu-sepupu lain selepas ini.

Mari sama-sama kita panjatkan doa kepada pengantin baru ini, semoga sepupu saya dan isterinya sentiasa dicucuri rahmat dan sentiasa mendapat keberkatan Allah s.w.t. Amin.

Friday, April 15, 2011

Jom Jadi Bagus!!


Kita kena sentiasa bagus, semakin bagus, paling bagus dan luar biasa bagus. Nak bagus kita kena ada usaha yang tuntas. Tak boleh culas. Fizikal kena sihat, mental kena kuat. Hah! Tu yang lebih utama, mental kena kuat. Kalau fizikal kuat tapi mental lemah tak jalan bang. Orang sakt pun boleh jadi kuatlah kalau mental dia kuat.

Kini semakin pupus lelaki berada di institut-institut pengajian tinggi dan makin ramai di pusat serenti. Kalau tak ada di pusat serenti pun ada lagi kat tempat lain. Yang ni baik sikitlah. Apa dia? Warung kopilah. Ayuh bangkit spesies-spesiesku. Jangan terus dibuai mimpi. Kaum perempuan dah jauh mengatasi kita. Sampaikan bidang-bidang kejuruteraan di universiti pun ramai kaum perempuan. Bukankah bidang ini lebih sinonim kepada lelaki? Tak kesahlah, yang penting kita semua nak jadi bagus.

Ada ke orang tak nak jadi bagus? Kalau ada tu, saya nasihatkan, lebih baik jadi peti ais je. Ada jugak bakti kat orang lain. Kalau tak bagus tak mengapa. Ops! Belum bagus maksud saya. Yang penting kita ada usaha nak jadi bagus. Walau tak banyak bagusnya, sikit pun sudah memadai sebagai permulaan berbanding tak pernah berusaha nak jadi bagus. Memang takkan bagus lah gamaknya. Tak dapek den nak menolongnyeee..

Buat apa kita hidup kalau tak nak jadi bagus. Apa? Tak nak jadi bagus? Tak apa saya tahu anda ingin jadi baik, hebat, mantap, cemerlang, dan terbaik terbaik terbaik yang lain. Jadi harapnya apa yang sedang kita lakukan hari ini adalah untuk mencapai semua itu. Walau apa pun yang kita lakukan pastinya kita inginkan hasil yang memberangsangkan. Kita berusaha dan dan hasilnya nanti hanya dalam pengetahuan Allah s.w.t.

Untuk semua pelajar universiti, sekarang ni sudah mula memasuki musim study week mungkin. Atau mungkin juga sudah di musim peperiksaan akhir semester malah ada juga yang sudah selesai menjalani peperiksaan. Semoga kita semua bagus bagus sahaja sebelum, ketika dan selepas menjalani peperiksaan masing-masing.

Mari menjadi BAGUS!!

Thursday, February 24, 2011

Kerana Alif Lam

Assalamualaikum semua.

Sedang melayari facebook, terlihat satu note berkaitan perkataan "salam" yang sering kita gunakan seharian. Dahulu sudah ada note yang mengatakan bahawa jangan menggunakan perkataan "salam" malah gunalah "as salam." Apa masalahnya dan apa bezanya. Lama juga menunggu jawapan seperti ini dikeluarkan oleh pihak tertentu. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi maklumat ini.

Dalam bahasa Arab, penambahan alif lam di depan suatu isim (kata nama) adalah umpama "the" dalam bahasa Inggeris. Jadi, apa salahnya perkataan salam? Mungkin yang bekenaan tersilap mentafsir maksud hadith di bawah. Tak perlu saya panjangkan lagi. Sama-sama kita baca dan fahami penulisan berikut.

----------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan.

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".


Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)



فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)



Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.


سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 


Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 


Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)



إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ


Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)



سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ 


"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)



سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ


"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا


"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)




“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]


Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, December 25, 2010

Go Malaysia!! AFF Suzuki Cup 2010..Semoga Berjaya Jadi Juara!!

Tiba-tiba rasa bangga pula dengan pencapaian pasukan bola sepak Malaysia melangkah ke final Suzuki Cup 2010. Semoga berjaya pasukan kebangsaan!!
Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan Safee Sali

Penyokong Menaikkan semangat pemain pasukan kebangsaan

Buat apa entah ni. Joget samba kot.

Jersey baru menyerlahkan kekuatan pasukan

AFF Suzuki Cup Official Website --> Click

Sunday, December 12, 2010

Graduan 'ulat buku' tak ke mana

PENERUS KESINAMBUNGAN...mahasiswa di menara gading bukan saja
perlu mempunyai kecemerlangan
akademik malah kualiti modal insan.

Graduan ulat buku lazimnya sentiasa skor dan perform pada setiap semester. Mereka memang bijak dalam akademik tetapi apalah gunanya jika lemah kemahiran insaniah. Kecemerlangan akademik juga belum menjamin graduan universiti dapat pula menyumbangkan hasil-hasil kerja yang berkualiti dalam sektor pekerjaan. Sebaiknya, mahasiswa perlu menyeimbangkan aspek kemahiran insaniah dan juga akademik dalam kehidupan seharian mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tiba masanya mahasiswa menukar minda bahawa kecemerlangan akademik dan penganugerahan ijazah bukan asas kecemerlangan, sebaliknya perlu meningkatkan nilai kemahiran serta modal insan.

Menjelang 2012, sistem pendidikan negara akan beralih memasuki fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara merangkumi tujuh teras utama:
  •  Meluaskan akses dan meningkatkan kualiti tinggi.
  •  Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran.
  •  Memperteguhkan penyelidikan dan inovasi.
  •  Memperkasa institusi pengajian tinggi.
  •  Mempergiatkan pengantarabangsaan.
  •  Membudayakan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
  •  Mengukuhkan sistem penyampaian kementerian pengajian tinggi
Jadi, apa yang perlu kita buat? Enjoy? Tidak! Marilah sama-sama kita menyahut seruan kerajaan apatah lagi perkara yang dapat menyumbangkan kepada kecemerlangan insaniah, masyarakat dan negara kita.

Sumber: myMetro

Monday, December 6, 2010

Dendangan Nasyid Maal Hijrah

Assalamualaikum w.b.t.
Salam maal hijrah diucapkan kepada semua rakan-rakan. Masuk tahun baru ni seronok pula dengar lagu-lagu nasyid maal hijrah. Mari kita dengar sama-sama. Pilihlah nak dengar mana satu dulu. Pilih-pilih, semua free je. Kuasa di tangan anda.









Hah! Amacam, kawan-kawan? Seronok kan dengar lagu maal hijrah? Bukan apa, lagu-lagu tu mengingatkan kita kisah Nabi Muhammad s.a.w berhijrah dari Mekah ke kota Madinah. Dari situlah bermulanya detik perhitungan tahun hijrah. Bagi kita pula, baiklah untuk kita berhijrah dari segi sikap, perangai, attitude, dan apa-apa jela yang sewaktu dengannya. Yang penting hijrah tersebut hendaklah ke arah kebaikan. Jangan ke arah keburukan pula ya. Itu satu musibah tu.

Di kesempatan ini, mari sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda. Akhir kata, sekali lagi diucapkan selamat menyambut maal hijrah. Semoga tahun hijrah yang lepas-lepas membekalkan kita cukup pengajaran demi membina jati diri yang lebih cemerlang pada tahun hijrah ini, tahun 1432h. BarakAllahu 'alaikum.

Friday, August 27, 2010

MERDEKA itu apa?

Assalamualaikum..
Semoga berbahagia kepada sahabat2 sekalian dan sentiasa di bawah redha Ilahi.

Awan tebal menerjah langit,
Kala hujan menujah Bumi,
Hadir hanya beberapa minit,
Sekadar melakar lintasan di hati.

Pergh!! Mencarut apa entah. Maaf jika membuat para pelawat merangkap sahabat2 rahimakum Allah tertanya-tanya akan kewarasan penulis bloq ini. haha! Masih waras  lagi. Cuma nak playback balik apa yang didengari dalam khutbah Jumaat tadi. Khutbah tersebut berkisar berkenaan merdeka. Tema yang sesuai lagi2 tak lama lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Alhamdulillah kita masih lagi dapat hidup dalam negara yang aman damai.

MERDEKA!(laung 7X sebelum teruskan membaca)

Mari kita singkap apa itu makna merdeka. Merdeka ialah kebebasan dari belenggu penjajahan kuasa luar.
Itu makna merdeka dalam skop yang umum ataupun yang luas. Cuba kita fokuskan makna merdeka terhadap diri sendiri. Cubalah.. Pasti seribu macam makna yang dapat disingkapkan. Merdeka bagi diri kita sendiri ialah bebas dari belenggu hawa nafsu di samping kematangan fikiran berdasarkan hati yang bebas(bersih).

Jadi, bagaimana kita hendak merdekakan hati kita sendiri? Adakah kita benar-benar merdeka dengan hanya bebas berjalan dalam tanah air sendiri tetapi tidak bebas menyelinap masuk mengawal hati kita sendiri? Maka, hawa nafsulah musuh utama negara "Hati" kita. Apatah lagi ketika ini, pada bulan Ramadhan, operator nafsu(Iblis, jin, syaitan) sume dirantai . Segeralah mengambil masa dalam saki-baki Ramadhan ini untuk merampas takhta kerajaan "Hati," kerajaan milik kita sendiri. InsyaAllah.

Begitulah sedikit rumusan daripada khutbah Jumaat yang dapat dikongsi bersama.
Khususnya peringatan ini demi hatiku yang banyak debu2 dosa. Akhir kata, mana yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Sekian, wassalam.

Tuesday, August 10, 2010

Puasa dah dekat..apa macam, kawan? Dah ready?

Assalamualaikum..
Lama tak menaip dan 'mengepos' di blog ini. Rasa teruja pula bila jari-jemari masih lagi lancar menekan satu persatu butang papan kekunci. Seperti kerani profesional lagaknya. Sempena bulan Ramadhan ni, cuma nak ucap selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan mulia, bulan penuh barakah. Di dalamnya terdapat malam umpama seribu bulan. Sama-sama kita hayati bulan Ramadhan ini ya.

Wah! Indahnya setiap malam diisikan dengan solat tarawih(moreh best ni pas solat),bacaan surah al-Quran di waktu subuh dan lain-lain. Tak kurang juga seronoknya nikmat berbuka puasa. Memang rasa nikmat menjamah makanan bersama keluarga tersayang. Tapi, bagi yang tak dapat pulang berpuasa bersama keluarga janganlah sedih sangat. Ada saudara-saudara kita mungkin tak pernah berpeluang merasai nikmat tersebut bersama keluarga. Saat inilah kita perlu fikir-fikir kembali dan mensyukuri nikmat kurniaan Allah s.w.t. itu..

Apa yang perlu direnungi, pada bulan Ramadhan ni syaitan dibelenggu. Jadi, apa lagi.. Inilah peluang kita tuk memperbaiki diri tanpa godaan penuh tipu daya syaitan. Saudara dan saudari sekalian mesti mempunyai target tersendiri dalam bulan Ramadhan ini. Hah! Mari sama-sama kita capai target kita. Okey, selamat berpuasa semua.. Barakallahu alaikum..
 

Wednesday, June 30, 2010

Sahabat Sejati

Assalamualaikum w.b.t.Semalam time jalan2 kat Bookfair, Kompleks PKNS Shah Alam ternampaklah satu ayat ni..Cam best je..Terus melekat dalam kepala. Ayat apa tu? Haa..Nilah ayat tu..


Sahabat sejati ialah sahabat baik yang tidak pernah berubah walaupun zaman terus berubah. Hah tu dia...!! Ingat tu kawan2..lagi satu ingatlah kucing tetap kucing. Takkan nak berubah jadi kura-kura plak.haha!
Maaf kawan2 mungkin aku tak mampu jadi sahabat sejati korang..(emo pulak)
Wassalam..

Saturday, June 5, 2010

Tag daripada Qamarul

 Assalamualaikum semua..harap sihat-sihat sentiasa..
hari ini just nak jawab tag daripada brader Qamarul..thanx yer..

1. adakah anda rasa anda hot?
Apa maksud hot ni senanye...jwb jela..tak hot..sekarang musim hujan..haha


2.upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang?


3. cerita pasal gambar ni?
Ada 8 gmbar je dalam notebook aku..Sukacitanya, gambar ini dipilih menjadi wallpaper..
lagipun gambar ni cam lawak jer.1 penguin menenangkan dua penguin yang sedang bergaduh..

4. kali terakhir makan piza?
Tak ingat dah..dah setahun lebih rasanya..


5.lagu terakhir anda dengar?
Kekasih Halal dendangan Wali Band..bagus lirik lagu ni...


6. apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Selain itu biasalah.. tengok tv.. tengok youtube..tengok macam2 lagi la...tu baru bab tengok..bab dengar, hidu, sentuh semua buat dalam waktu yang sama..haha


7. selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Bang ngah,jalie,guni dan lagi satu secret..bahaya tuk tontonan umum..haha


8. tag lagi 5 orang yang nak kene tag?
Saufi 
Aideal_fitri
Mukmin
Eizaz 
Kiddo 

9. sape orang no 1 dengan anda?
Member yang selalu kena lepak dengan aku kalau bosan..


10. katekan sesuatu kepade orang no 5?
aku akan balik upm lebih lewat daripada ente..haha


11. no 3 ade hubungan dengan sape?
pastinya dengan mak ayah dia..alam sekitar..yang paling penting mestila hubungan dengan Pencipta..
(tak tau nak jawab dah) 


12. bagaimana dengan orang no 2?
Entri blog dia seronok


13. kata-kata cinta kepada orang no 4?
Eizaz..jaga-jaga.. 

14. berikan 5 fakta yang anda tahu mengenai orang yang anda tag?
 Mereka semua memberikan warna-warni dalam hidup sayer 

Wednesday, June 2, 2010

Derhaka Perosak Bangsa

Derhaka.

Apa maksud derhaka? Sebelum itu eloklah kita khususkan makna derhaka ini terhadap ibu bapa terlebih dahulu. Derhaka di sini bermaksud kelakuan anak yang tidak taat, melawan, biadap, mengkhianati dan membiarkan ibu bapa tanpa belaian kasih sayang ataupun tidak mengendahkan mereka. Dewasa ini makin banyak kes-kes yang memaparkan sikap anak-anak terhadap ibu bapa mereka. Kisah-kisah ini dipetik daripada Harian Metro, 2 Jun 2010.

Tergamakkah kita mencuri barang kepunyaan ibu kita demi percintaan yang entah bagaimana kesudahannya? 

Malang sungguh nasib ibu tersebut. Sudahlah barang kemasnya dicuri, lalu digadaikan pula. Selepas itu hasil gadaian tersebut digunakan untuk membeli motosikal sebagai hadiah kepada kekasihnya. Semuanya demi menunjukkan kesetiaan kepada kekasihnya, seorang pemuda berumur 16 tahun iaitu setahun lebih muda daripada gadis derhaka tersebut. Apa guna setia kepada kekasih yang belum tentu lagi menjadi peneman hidupnya sepanjang hayat, ibu yang mengandungkannya 9 bulan diketepikan. Dibiarkan kerugian kira-kira RM13,000. Inilah yang dinamakan apabila nafsu sudah menguasai diri, hati menjadi mati. Menjadi buta. Akal menjadi dungu kerana diperalat oleh nafsu. Nasib baik ibu malang tersebut sedar lalu mengambil tindakan wajar melaporkan kehilangan barang kemasnya pada pihak polis.

Lagi kisah bapa pula dipukul oleh anak. 

Bapa tersebut dihentak dengan topi keledar oleh anaknya sendiri. MasyaAllah.. Apa sudah jadi dengan dunia sekarang ini. Hanya kerana enggan memperlahankan televisyen dan memberi teguran kepada anak, tidak disangka-sangka diri terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Kepala dan badannya cedera dek amukan anaknya sendiri. Nah! Inikah yang sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini.

Kedua-dua kisah ini dipetik daripada Harian Metro dalam tarikh yang sama. Banyak lagi kisah-kisah anak derhaka yang lebih menyayat hati telah disiarkan sebelum ini. Jadi apa langkah-langkah kita sebagai pemangkin generasi akan datang?

Tindakan apakah yang perlu digesa dan dilakukan oleh kerajaan untuk membendung masalah ini?
Anak yang soleh sentiasa mendoakan ibu bapa mereka.
Taati mereka semasa hayatnya dan doakan mereka selepas datang ajalnya.

Friday, May 28, 2010

WORLD WORLD WORLD!! WORLD CUP IS COMING SOON!!

Aish! Rasa nak demam pula. Apa pasal eh? Ni demam bukan sebarang demam. Bkan demam campak, bukan demam panas, bukan denggi bukan juga H1N1. Habis tu demam apa lagi?
  
Hah tau dah demam apa!? Demam bola laaa!!! Belum demam dah tau. Jadi, kepada siapa-siapa yang nak demam tu jom ramai-ramai kita pilih demam World Cup 2010. Tak perlu obat, tak perlu pergi klinik atau hospital (kecuali yang nak ambil MC palsu tu boleh la ;D) dan tak perlu nak kawal pemakanan. Sungguh mudah sekali. 

Apa yang kita perlu ada hanyalah...

TV
Untuk menambah suasana tenang, letakkan elemen-elemen flora seperti di atas. Speaker letak tiga baru lah puas hati. Tak sedaplah kalau tengok bola sound kureng. Mungkin anda bertanya mengapa skrin tv tak menggambarkan World Cup. Jawapannya mudah.. Kerana World Cup belum start lagi. hahaha!
Tapi boleh lah tengok siaran pusingan kelayakan di Astro. Nama channel tak tahu cuma silalah tuan puan tontonlah saluran 804 atau 811. Tonton jangan tak tonton. Siaran langsung World Cup pula akan disiarkan bermula pada 11 Jun depan di saluran 801 dengan komentar bahasa Melayu dan saluran 311 dengan komentar bahasa Kantonis. Selamat menonton ya.

Pasukan kebanggaanku..Go Go Champion!!

Tuesday, May 25, 2010

Salah Ke?

Baru-baru ini tersiar dalam media massa tentang kisah lebih 20 orang pelajar perempuan digunting rambut oleh guru mereka. Bukan gunting suka-suka, tetapi ianya disebabkan pelajar-pelajar itu sendiri yang tidak mematuhi peraturan sekolah. Lihat Harian Metro, 24/05/2010.  Cuba kita lihat sama ada salahkah seorang guru bertindak menghukum pelajar sedemikian rupa.

Pertamanya, guru tersebut telah memberi amaran bahawa pelajar-pelajar terbabit akan dikenakan tindakan sekiranya tidak mematuhi etika sahsiah diri. Sah-sah lagi yang pelajar-pelajar terbabit sengaja mengabaikan peraturan sekolah.

Kedua, kalau kita lihat bukannya terlalu melampau jika guru tersebut hanya menggunting bahagian hadapan rambut yang melepasi had dahi itu. Mungkin ianya nampak buruk. Yalah, kalau gunting lawa-lawa tugas cikgu disiplin pun kena tambah jadi penggunting rambut utama sekolah lah jawabnya. Semua pelajar dapat gunting rambut free di sekolah.

Suatu hukuman itu memang lah untuk memberi pengajaran. Dapatkah pengajaran kalau rambut pelajar yang melakukan kesalahan digunting dan didandan kemas?Itu ganjaran namanya. Tambahan lagi, pelajar tersebut hanya perlu membaiki rambutnya apabila habis waktu persekolahan. Jadi, boleh kata masalah trauma digunting rambut begitu tidak akan timbul. Lainlah jika rambut pelajar-pelajar tersebut digunting botak sampai nampak kulit kepala. Itu baru melampau sebab turut membahayakan pelajar lain yang rabun silau.haha!

Meletakkan kesalahan pada pelajar terbabit pun belum tentu wajar apatah lagi tidak mengetahui perkara sebenar. Namun, berdasarkan apa yang dapat kita baca dalam akhbar boleh dirumuskan bahawa tiada salahnya seorang guru bertindak begitu. Cuma ibu bapa terbabit sahaja yang terlebih membela anak-anak mereka. Harap-harap pihak yang benar-benar bertindak wajar mendapat sokongan yang sebaiknya. Setidaknya suatu hukuman yang lebih relevan dapat difikirkan bersama.

Gambar: Sekadar hiasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...