Pages

Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Surat Apa Tu?


Sekadar menenangkan fikiran dan menghiburkan hati, mari kita ikuti kisah tersebut.

Jururawat: Awak sedang buat apa tu?
Pesakit    : Tulis surat.
Jururawat: Tulis surat kepada siapa?
Pesakit    : Saya tulis surat kepada Majnun bin Abu.
Jururawat: Itu bukan awak ke?
Pesakit    : Ya, saya tulis kepada saya sendiri.(Dengan bersemangat)

(Jururawat sedikit menaikan keningnya.)

Jururawat: Oh, apa isi surat tersebut?
Pesakit    : Manalah saya tahu. Saya belum lagi poskan. Esok lusa sampai barulah saya tahu apa
                 isinya.
Jururawat: Pulak..(Garu kepala)

Saturday, December 25, 2010

Go Malaysia!! AFF Suzuki Cup 2010..Semoga Berjaya Jadi Juara!!

Tiba-tiba rasa bangga pula dengan pencapaian pasukan bola sepak Malaysia melangkah ke final Suzuki Cup 2010. Semoga berjaya pasukan kebangsaan!!
Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan Safee Sali

Penyokong Menaikkan semangat pemain pasukan kebangsaan

Buat apa entah ni. Joget samba kot.

Jersey baru menyerlahkan kekuatan pasukan

AFF Suzuki Cup Official Website --> Click

Monday, July 5, 2010

Alahaiii!! Aku Kompiussss...

Memang susah nak kawal perasaan kalau dilanda dilema. Bagaimana? Apa? Berapa? Di mana? Arghhh!! Aku kompius.. Mulalah pulak datang pening kepala, jiwa kacau, mandi terlebih basah tido terlebih lena. Bangun2 jadi panda daa...

Nila akibat kalau tido terlebih..badan gemok takpe..lagi dahsyat mata hitam lagi besar dari mata putih(????)..hahaha!

"Dah2 berhenti melalut der..makin naik pening kepala aku dengar.."
Suara mana plak tiba2 datang ni..Cess!! Okay2.. Sebenarnya aku nak cakap pasal moto..moto? Motosikal laa... Bukan apa moto aku dah meragam dah..Macam2 hal plak dia wat. Rosak dah bawak g klinik tapi tak lama lagi wat hal lain pulak. Ceh menyirap darah aku. Cakap pasal moto, ni moto idaman aku.

Amacam okey tak? Moto okey tapi aku yang tak okey berangan nak beli moto ni. Tunggu jadi jutawan la...Haha! Saufy, kalau ko nak beli moto ni dulu takpe..aku tak kisah janji aku orang first pinjam moto ko.hahaha!
Tadi tu angan2..okey kali ni betol2..Sebenarnya aku kompius nak beli moto apa. Bajet cukup2 je tapi perlukah aku beli moto? Atau simpan lagi baik? Aku nak beli antara FZ150 atau Boxer 200 la..Kompius2!!

Eh ni Qamarul punya..camne plak boleh ade kat sini..haha..Next!!

Momos Boxer 200. Harga dalam RM7200. Momos ni standard terkenal dengan kelasakannya. Bolehlah aku masuk hutan relax je kalau nak g memburu ke nanti..haha!

Yamaha FZ 150. Harga dalam RM8000. Moto ni save minyak gak r. Gune fuel injection. Dari Penang sampai Serdang terbang RM20 je. Lebih kurang satu tank la..

Dua2 moto ni top speed takde la tinggi sangat. Maklum lah engin SOHC apalah sangat kalau nak banding dengan DOHC cam CBR..huhu!

Ni plak moto aku sekarang. Tu pasal aku nak tuka moto. Dah repair2 pon rosak balik..hahaha!;D

*Tolong aku bagi idea..Tak sanggup kompius lagi...

Friday, May 28, 2010

WORLD WORLD WORLD!! WORLD CUP IS COMING SOON!!

Aish! Rasa nak demam pula. Apa pasal eh? Ni demam bukan sebarang demam. Bkan demam campak, bukan demam panas, bukan denggi bukan juga H1N1. Habis tu demam apa lagi?
  
Hah tau dah demam apa!? Demam bola laaa!!! Belum demam dah tau. Jadi, kepada siapa-siapa yang nak demam tu jom ramai-ramai kita pilih demam World Cup 2010. Tak perlu obat, tak perlu pergi klinik atau hospital (kecuali yang nak ambil MC palsu tu boleh la ;D) dan tak perlu nak kawal pemakanan. Sungguh mudah sekali. 

Apa yang kita perlu ada hanyalah...

TV
Untuk menambah suasana tenang, letakkan elemen-elemen flora seperti di atas. Speaker letak tiga baru lah puas hati. Tak sedaplah kalau tengok bola sound kureng. Mungkin anda bertanya mengapa skrin tv tak menggambarkan World Cup. Jawapannya mudah.. Kerana World Cup belum start lagi. hahaha!
Tapi boleh lah tengok siaran pusingan kelayakan di Astro. Nama channel tak tahu cuma silalah tuan puan tontonlah saluran 804 atau 811. Tonton jangan tak tonton. Siaran langsung World Cup pula akan disiarkan bermula pada 11 Jun depan di saluran 801 dengan komentar bahasa Melayu dan saluran 311 dengan komentar bahasa Kantonis. Selamat menonton ya.

Pasukan kebanggaanku..Go Go Champion!!

Monday, May 17, 2010

HA!! JOM! JOM! JOM!

Tak tahu apa nak buat masa cuti sekolah tak lama lagi? Atau bagi pelajar IPTA dan juga IPTS yang sedang bercuti sekarang ni. Mari kita jelajah tempat-tempat menarik di Malaysia ni. YOK!!
1) Jeram Toi
     -terletak di antara Seremban dan Kuala Kelawang


left click for larger picture
Highway baru tu.. Ni yang semangat nak pergi ni. Perjalanan jadi mudah dan selamat. InsyaAllah.
left click for larger picture
First fall ada kolam besar ini macam. Syyok woo.
left click for larger picture
Tengok tu tengok tu! Pergh!! Dapat rasa tak kedinginan air jeram ni. Huiyo!!
left click for larger picture
Ni third fall pula. Bayangkan kita tengah berbaring kat laluan air tu. Tonang jiwo den...haha!
left click for larger picture
Wakaf pun ada. Bolehlah berehat mengisi perut bersama ahli keluarga. Biarkan food-fall pula berlaku dalam perut kita. heh!
    - terletak di negeri Perak
Teluk Batik
Wah! Indahnya ciptaan Ilahi.
Team Building at Teluk Batik: Canoeing
Aktiviti kayak pun ada kat sini. Dulu main kayak ni menang johan. Tapi gambar time ambil hadiah tak sempat tangkap pula. hehe! (Pandai kau menipu)
Teluk Batik  An unusual view to the Straits of Malacca from the abandoned hotel at Teluk Batil
Pemandangan-pemandangan macam ni bagus untuk kesihatan mata. Cubalah ambil pemandangan live kat Teluk Batik ya.
3) Tapi kalau dah rasa malas nak pergi jauh-jauh. Malas nak bermandi manda atau tak suka travel. Mari kita isi masa lapang di MPH. 
HAH! Cuba teka MPH mana ni? Ya betul! Pastinya di Mid Valley Megamall. Malas nak beli atau ada duit tapi suka berjimat boleh lah baca buku free kat sini. Maklumlah rakyat Malaysia memang suka berjimat bab buku ni. Ops! Macam cerita pasal diri sendiri je.haha!
Click untuk senarai MPH yang terdapat di area Selangor dan Kuala Lumpur.

Lastly, selamat bercuti. Isi masa cuti anda semua dengan sebaiknya. Bijaksanalah menguruskan masa walaupun kurang bijak jawab soalan periksa. haha!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...