Pages

Wednesday, June 2, 2010

Derhaka Perosak Bangsa

Derhaka.

Apa maksud derhaka? Sebelum itu eloklah kita khususkan makna derhaka ini terhadap ibu bapa terlebih dahulu. Derhaka di sini bermaksud kelakuan anak yang tidak taat, melawan, biadap, mengkhianati dan membiarkan ibu bapa tanpa belaian kasih sayang ataupun tidak mengendahkan mereka. Dewasa ini makin banyak kes-kes yang memaparkan sikap anak-anak terhadap ibu bapa mereka. Kisah-kisah ini dipetik daripada Harian Metro, 2 Jun 2010.

Tergamakkah kita mencuri barang kepunyaan ibu kita demi percintaan yang entah bagaimana kesudahannya? 

Malang sungguh nasib ibu tersebut. Sudahlah barang kemasnya dicuri, lalu digadaikan pula. Selepas itu hasil gadaian tersebut digunakan untuk membeli motosikal sebagai hadiah kepada kekasihnya. Semuanya demi menunjukkan kesetiaan kepada kekasihnya, seorang pemuda berumur 16 tahun iaitu setahun lebih muda daripada gadis derhaka tersebut. Apa guna setia kepada kekasih yang belum tentu lagi menjadi peneman hidupnya sepanjang hayat, ibu yang mengandungkannya 9 bulan diketepikan. Dibiarkan kerugian kira-kira RM13,000. Inilah yang dinamakan apabila nafsu sudah menguasai diri, hati menjadi mati. Menjadi buta. Akal menjadi dungu kerana diperalat oleh nafsu. Nasib baik ibu malang tersebut sedar lalu mengambil tindakan wajar melaporkan kehilangan barang kemasnya pada pihak polis.

Lagi kisah bapa pula dipukul oleh anak. 

Bapa tersebut dihentak dengan topi keledar oleh anaknya sendiri. MasyaAllah.. Apa sudah jadi dengan dunia sekarang ini. Hanya kerana enggan memperlahankan televisyen dan memberi teguran kepada anak, tidak disangka-sangka diri terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Kepala dan badannya cedera dek amukan anaknya sendiri. Nah! Inikah yang sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini.

Kedua-dua kisah ini dipetik daripada Harian Metro dalam tarikh yang sama. Banyak lagi kisah-kisah anak derhaka yang lebih menyayat hati telah disiarkan sebelum ini. Jadi apa langkah-langkah kita sebagai pemangkin generasi akan datang?

Tindakan apakah yang perlu digesa dan dilakukan oleh kerajaan untuk membendung masalah ini?
Anak yang soleh sentiasa mendoakan ibu bapa mereka.
Taati mereka semasa hayatnya dan doakan mereka selepas datang ajalnya.

2 comments:

qamaruluramaq.blogspot said...

tak tak(geleng kepala).. aku baik jer..

Faizal Tauhir said...

bgus r camtu...
terapkan dlm dri adik2 kite biar jgn biadap..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...