Pages

Tuesday, July 1, 2014

Kita Bersahabat Malah Bersaudara



Assalamualaikum w.b.t. 
Macam mana rasa bila bulan puasa ni? Ada rasa tenang tak? Untung kita tinggal di Malaysia yang agama rasminya Islam. Sebab apa, bila bulan puasa ni selalunya waktu bekerja disingkatkan. Kerja pula berkurang. Jadi, bolehlah kita berehat-rehat dan menumpukan diri terhadap ibadah yang berlipat kali ganda ganjarannya di bulan puasa ni. Apa macam? Ada rasa syukur tak?

Malam hari kita pergi ke surau solat tarawih, kita berpeluang berjumpa penduduk setempat. Mengeratkan silaturrahim. Yang mana sebelum ni tak kenal jadi kenal. Kan molek tu. Ramai kenalan boleh jadi ramai pula sahabat. Mereka tu kan semua saudara kita. Yela apa tidaknya, mereka kan saudara Islam kita. Sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara. Malu nak tegur bagi salam dan senyum je. Sebarkan kasih-sayang sebagai saudara Islam. Orang yang jiwa dia penuh dengan kasih sayang kerana Allah, jiwa dia akan sentiasa tenteram. Orang lain bahagia, kita pun turut bahagia. Tak nak ke?

Selain di surau atau masjid, kita boleh saja terserempak di tempat-tempat lain. Mereka berada di sekitar kita. Kita ni hidup kat dunia berkongsi tempat dengan makhluk-makhluk lain terutamanya manusia. Siapa yang hidup ni nak hidup sorang-sorang je. Tak ada punya hatta orang yang menyendiri pun inginkan keluarga bersama dia.

Kita masing-masing ada kawan bukan? Sahabat? Teman? Kenalan? Semua istilah tu lain maksudnya. Kita sendiri yang boleh meletakkan mereka dalam kategori yang mana satu. Tapi kadang kita ni tersilap. Tersilap menilai meletakkan musuh dalam selimut sebagai sahabat. Akhirnya kita juga yang kena tikam dari belakang.

Perbezaan istilah-istilah tu bukanlah untuk kita membeza-bezakan taraf mereka dalam kehidupan kita. Tetapi, kita boleh tentukan sama ada perkenalan itu membawa kepada kebaikan atau sebaliknya. Kita kenal ramai orang tetapi belum tentu semuanya membawa kita kepada kebaikan. Kita kadang pilih kawan yang berharta sebagai sahabat. Namun belum tentu dia akan menolong kita tatkala kita memerlukan. Pertolongan pula macam-macam boleh jadi. Tolong bagi semangat tu sudah sangat baik. Manusia ni memang tak boleh hidup bersendirian. Itulah sifat manusia.

Yang kita namakan sahabat tu selalunya kita akan selalu melakukan aktiviti bersama juga bersusah senang bersama selagi ianya membawa kepada kebaikan. Jangan abaikan prinsip membawa kepada kebaikan tu. Selalunya orang pilih kawan yang sekepala walaupun selalu buat benda yang sia-sia. Jadi, elakkan perkara sia-sia tu. Kawan tetap kawan. Ini bermakna kita hindarkan perkara sia-sia tu bukan dari diri kita sahaja, malah bebas daripada kawan kita tu.

Jadi macam mana sekarang? Berkawanlah dengan sesiapa sahaja, bersahabatlah kepada yang menunjukkan jalan ke syurga, dan bersaudaralah dengan mereka yang bersama menegakkan agama Allah. Saya tidak pandai berbahasa, semoga yang baik kita kongsi bersama. Yang buruk, syuhhh!! Campak jauh-jauh sana!

Sunday, June 29, 2014

Insurans Ni Boleh Pakai Ke?

Salam Ramadhan kepada semua muslimin muslimat di seluruh pelosok dunia. Betul ke eja tu? Pelosok ke pelusuk. Hmmm..

Sambung cerita pula pasal insurans. Insurans ni boleh pakai ke? Ke nak makan duit orang je? Bayar tiap-tiap bulan tapi nak claim punya payah. Saya tak tahu la sekuat mane kebenarannya. Tapi memang pernah dengar. Saya fikir biasala takut orang ambil kesempatan tu pasal banyak prosess kena buat. Lagi-lagi yang claim berpuluh-puluh ribu.

Tapi, sekarang ni kan ade yang medical card tu. Lebih-lebih lagi yang Cover kesihatan, simpanan dan keluarga. Medical card tu bawa je mana-mana klinik panel yang berdaftar dengan insurans tu, dah boleh terus gunakan perkhidmatan dia. Kan macam VIP tu. Lagipun mungkin tak perlu bayar bila mengikut pakej yang disediakan. 

Cuba bayangkan kalaulah terjadi kejadian tak diingini macam hilang upaya ke, memangla duit tu tak setanding dengan anggota badan. Tapi sekurang-kurangnya ada. Dah nak jadi apa boleh buat, takkan nak biar macam tu je. Bila dengan adanya insurans ni, bolehla kita tampung kos rawatan yang tinggi tu. Keluarga pun takdelah terbeban sangat nak menampung kos yang kita pun tak mampu nak tampung. Nak keluar semua simpanan nanti tak ada back up  dah untuk masa hadapan. Penat je kita kumpul macam yang telah kita bincang sebelum ni.

Kalau kematian pula apa jadi kat keluarga kita? At least, mereka ada sedikit sumbangan untuk meneruskan hidup. Kalau mereka kutip kat pejabat berapa sangatlah yang kita dapat. Sorang letaklah RM10. Tu kalau RM10. Entah-entah kurang. Kalau lebih tu jarang-jarang sekali kecuali satu dua je. Berapa orang pula staff  dalam pejabat? Kalau guna insurans ni bolehla dapat puluh-puluh ribu. Makan tahun juga nak abes kalau sekadar perbelanjaan harian. Tenang sikit rasa bila tiba masanya kita berhijrah ke alam sana.

Insurans ni selalunya sebulan tak sampai RM200, malah yang harga macam topup  kredit handphone pun banyak. Cuba la langgan. Kalau interest kereta tu setahun dalam RM700, kalau sebulan sebenarnya kita bayar lebih kurang RM60 untuk interest sahaja. RM60 tu buat beli insurans kan okay. Ada faedahnya ye tak.

Baiklah. Sama-sama kita fikir mana baik buruknya. Pasti ada baiknya kalau kita agihkan bahagian daripada perkara-perkara yang tidak perlu kepada insurans ni. Mesti ada bagussssss. Salam satu Ramadhan!

Friday, June 27, 2014

Duit Oh Duit

Anda ada masalah duit? Saya yakin tak ada. Semua yang tengah membaca entri ni pasti bijak berbelanja. Betul ke ni? Eh, bukan nak cakap kat kamu. Saya nak ingatkan diri saya sendiri. Jika rasa baik, kita kongsi bersama. Boleh tak? Hah! Macam tulaa..

Hidup sekarang ni bukan kemain lagi peranan duit ni. Orang kata duit bukan segalanya, duit bukan pengukur bahagia. Tapi kalau takde duit susah jugak nak bahagia. Senang cerita tengok orang yang berhutang tak de duit nak bayar tu, bahagia ke? 

Setiap daripada kita ni masing-masing lain bahagiannya. Lebih kat sini, kurang kat sana. Kurang kat sini, lebih kat sana. Macam duit ni jugak. Duit banyak, kadang masa pula sempit. Itu contoh. Bukan kata kat tuan hamba. Eceh.

Rata-rata orang kita ni tak pandai nak menguruskan kewangan. Saya pun tengah belajar, tak kata saya pandai ye. Jangan buat muka macam tu. Kalau mahu, sama-sama kita belajar mengurus kewangan okay.

Orang kita ni selalunya seronok membeli. Hutang pun hutang la. Apa nak risau ada gaji tetap. Tetap pun tetap juga bang. Masa akan datang kita tak boleh jangka. Apa kata kita letak safety factor  sikit kat kewangan kita. Macam mana tu? Tak tau ke? Laa kalau kegunaan kita sebulan lebih kurang RM1000, kita pastikan kita ada simpanan beberapa kali ganda. Letaklah 3 kali ganda, RM3000 dalam simpanan. Jadi, kalau kita hilang sumber kewangan pun ade masa 3 bulan untuk recover balik. Tapi anda belanja lebihkan? Hah, ce kire sendiri yeop berapa patut ada. 

Tu kita namakan simpanan asas. Sebaik-baiknya kena lebihla. Kita set safety factor kita sendiri dan pastikan lebih daripada tu. Nak simpan pun simpan kat tempat yang kita senang nak ambil balik. Letak dalam akaun bank la senang nak ambil balik kalau ada kecemasan. Tapi jangan senang-senang plak nak ambil. Biar je kat situ sebagai backup.

Kita selalu nampak orang kita ni kalau start je dapat kerja macam-macam dia nak beli. Simpanan tu jadi nombor dua. Sepatutnya set simpanan dulu paling kurang pun 10% daripada pendapatan kita. Hei, EPF pun 11% kasi la lebih sikit. Okay letak tinggi sikit okay peratus simpanan tu. Jadi, selebihnya bolehlah kita agihkan ke tempat-tempat lain. Ni beli kereta je dah 50% daripada pendapatan apahal tu.

Ramai orang bankrap sebab hutang. Seboleh-bolehnya elakkan berhutang kecuali benda tu memang mahal dan perlu. Sekarang kan banyak yang boleh beli secara ansuran. Beli cerek, beli handphone, laptop, almari semuanya ansuran pun boleh bahhh. Bagi saya kalau benda macam ni tak perlu la buat ansuran. Beli cash je. Kalau tak cukup duit kumpul dulu baru beli. Tak rasa rugi ke beli ansuran? Bunga dia omak aih. Kalau wangi tak apa la. Faham tak?

"Biar miskin asal bergaya."

Emm. Yela tu. Tapi ada eloknya juga kalau kita cuba bergaya dan cuba untuk melangsaikan semua bebanan kewangan tu. Mungkin boleh jadi pembakar semangat untuk berusaha lebih. Tapi kalau dah berlebih-lebih. Letihnya tak sudah nanti. Siapa nak tolong maaa.... Along bukan mau tolong. Ambil kesempatan lagi ada. Jangan sampai terjebak ye. Boleh bayang kalau kita dalam keadaan terdesak entah-entah maunya kita pinjam kat along. Dah semua bank tak approve loan, orang terdekat pun tak mampu nak tolong. Boleh jadi apa.

Ilmu pengurusan kewangan ni memang satu ilmu yang penting. Patut diterapkan sejak kecil lagi. Pernah dengar tak ungkapan "Kefakiran itu punca kekufuran?" Kufur tu maksudnya kita kufur nikmat, kufur perintah Allah, kufur dengan melakukan larangan Allah. Jadi sebenarnya kita ni telah dididik supaya jangan sampai miskin disebabkan malas berusaha ataupun silap menguruskan kewangan. Takut-takut nanti hilang pertimbangan bila keadaan mendesak. Kita tengok negara yang rakyat dia kaya-kaya. Jurang ekonomi kecil. Kan kurang jenayah bermotifkan harta.

Jadi, point penting dah dapat belum daripada isu perbincangan kita ni? Takpalah saya highlightkan balik. Pertama, pastikan letak safety factor untuk kita tetapkan simpanan asas sebagai penyelamat di masa-masa kecemasan. Kedua, pastikan peratusan simpanan daripada pendapatan dipenuhi dahulu sebelum diagihkan kepada benda-benda lain. Ketiga, jangan berbelanja diluar kemampuan. Keempat, elakkan hutang. Kelima, beli insuran. Eh yang ni macam tak ada cakap je tadi. Takpa. Kita sambung cerita pasal insuran pada entri akan datang. Selamat berbelanja dengan cemerlang!

Monday, June 23, 2014

Maaf..!! Ku Tak Bisa.

Maafkanlah, di sini kupinta tulus dari hati. Maaf ku tak bisa.

Selamat hadir ke medan fikrah sahabat-sahabat. Semoga manfaat dapat sama-sama kita kecapi. Sila buang yang keruh, ambil yang jernih. Sila pasang filter  di kala membaca omongan saya atau mana-mana sahaja sumber bacaan.

Pernah tak anda plan sesuatu perkara, lepas tu buat semua dengan bergaya dan berjaya. Tiba-tiba di akhirnya Allah nak uji kita, kita tak dapat apa yang diimpikan? Hah! Itulah hakikatnya. Nak buat macam mana, kita ni manusia hanya mampu merancang dan mengusahakan. Bukan kita yang tentukan.

Hei, apa nak lemah semangat ni. Relaks la. Buat sekali tak jadi buat dua kali. Tak jadi jugak? Tak yah buat la. Haha. Kenapa tak yah buat? Sebab kita buat cara yang sama. Buatla cara lain pula. Matlamat tu biar solid. Cara tu dipelbagaikan. Kalau dah berbagai-bagai tu, bagai-bagai-bagaikan lagi. Tu baru kreatif dan inovatif. KBKK tuuuu..umangaiiii..haha.

Saya nak cakap kat sini, jangan putus harapan, jangan hilang semangat. Lemah semangat kasi kuat balik. 

Tapi tetap ku tak bisa.

Okay. Dah faham dah kenapa enggak bisa. Cuba check matlamat tu sekarang. Lain kali kalau nak set matlamat kena pertimbangkan perkara-perkara ni.
Nombor satu- Matlamat tu agak mustahil untuk dicapai. Contohnya nak jadi sultan. Apa punya orangla.
Nombor dua- Matlamat terlampau spesifik. Nak jadi Petroleum Piping Engineer untuk Petronas di Kuala Lumpur. Selain dari jawatan tu, kompeni tu dan kawasan tu tak boleh. Targetla nak jadi well-known piping engineer cukup dah.
Nombor tiga- Kedua-dua yang di atas. Hehe.
Kena faham ye, yang ni punca kenapa matalamat susah untuk dicapai. Lalu, lebih mudah untuk kita berputus asa. Takpe, adjust sikit je matlamat tu. Alright, sekarang dah cantek.

Masih ku tak bisa. 

Tiada apa yang dapat kita lakukan tanpa izin Allah s.w.t. Fahami qada' dan qadar. Ada yang dapat kita ubah dengan usaha dan doa. Ada pula yang tidak dapat kita usahakan. Kerana hidup ini perlu ada rasa menerima.

Tiada apa yang perlu disesalkan. Kerana kita sedang menanam untuk dituai di suatu masa.

Maafmu tidak kupinta. Selagi kamu melaksanakan tugasan seorang hamba.

#Nukilan hati kepada hati


Thursday, May 22, 2014

Kita Perlu Sihat untuk Hebat

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam barakah kepada semua.

Semua sihat ye? Apahal pula tanya sihat ke tak ni. Takde modal ke?
Nanti dulu.... Tu intro je tu. Kalau tak sihat, sila makan ubat mengikut nasihat Dr bertauliah dan teruskan jaga kesihatan anda.

Sihat ni kita perlu jaga sebelum sakit. Kalau dah sakit susah mau jaga maa.. Mau-mau nanti minta orang lain pula yang tolong jaga. Udahh..orang lain pula yang kena. Kalau memang dah nak sakit dan sakit tua tu lain. Ni cari penyakit. Janganla macam tu.

Kenapa kita perlu jaga kesihatan? ALLAH SUKA ORANG YANG SIHAT. BOLEH LANGSAI SEMUA TANGGUNGJAWAB. BOLEH MENJALIN UKHWAH TANPA RASA SERBA SALAH. Yela takut2 sebar penyakit kat kawan pula ye dak. Biasanya orang yang sihat ni NAMPAK HEBAT dan MEMANG HEBAT. Ketika sihatla tenaga kita dapat digunakan dengan efisyen. Buat kerja jadi mudah. Hah, nampak tak?

Apa kata kalau selalu pagi hari kita tido je nak nak masa hari cuti, kita pergi bersenam ke. Cuba beriadah sikit. Memang perkara positif macam tu patut kita buat pagi-pagi. Perasan tak kalau kita buat perkara positif untuk mulakan hari kita, sepanjang hari tu fikiran kita positif. Semangat sampai ke malam. Kalau tak buat, hmmm...faham-faham sendirila. Malasnye lebih dari rajin. 

Selain dari bersenam, makan perlu jaga. Banyak makan banyak ragam. Tubuh badan meragam tu. Tu pasal bila banyak makan macam-macam penyakit datang, macam-macam pula perangai malas datang, macam-macam pula bebelan datang. Kan sakit tu kena bebel.

Jadi, marila kita sama-sama jaga kesihatan. Supaya amanah kita sebagai manusia dapat kita jalankan sebaiknya. Tiada harta yang lebih bernilai daripada kesihatan, dan selalunya orang yang sakit baru sedar akan betapa bernilainya kesihatan. Semoga sihat-sihat selalu ya!

*Lama tak nampak logo ni. Utamakan kesihatan. Bagus....

Saturday, September 22, 2012

Hidup Ini Perlu Diteroka

Bukan sekali dugaan datang. Bukan dua kali malah berkemungkinan besar berkali-kali.
Sukar untuk kukatakan, sukar tuk kulafazkan tetapi itulah yang perlu kutelan. Namun, pasti suatu saat nanti dapat jua kuluahkan.

Kadang-kala dalam hidup ini kita perlu menjadi penyiasat. Bijak seperti Conan dalam rancangan kartun yang digemari ramai. Menyiasat apakah masalah, punca dan penyelesaian yang terbaik.
Adakala pula teknik 5Y, 4M dan kaizen perlu dilakukan. Preventive dan corrective action perlu dikenalpasti. Jika tidak, duduklah kita tersadai pada takuk lama yang semakin merapuh.
Bukan kita tidak boleh kecewa. Jauh sekali hanya melupakan semuanya pergi. Duduk merenung sebentar melepaskan segala lelah lalu bertidak. Pastinya bertindak ke arah yang positif supaya menjana result yang effective.

Dalam hidup ini kita seringkali terlupa ianya merupakan suatu perlumbaan. Yang lambat akan ketinggalan dan yang cepat dapat meraih impian. Ketinggalan tidak bermakna kegagalan kerana jalan kejayaan sentiasa terbentang. Jika jalan kita untuk berjaya di dunia terlalu sempit, jalan untuk menuju akhirat sentiasa luas. Benar, ianya sentiasa luas. Jalan yang seringkali kita lupa kerana jalan yang sempit itu ditindihkan dengan seribu kemewahan yang melalaikan.

Hidup perlu diteroka. Teroka sehingga kita temui matlamat hidup kita yang sebenar. Jangan pernah lemah kerana Allah sentiasa bersama kita. Mengadulah kepada-Nya dalam setiap titipan doa. Mengapa kita sering lupa mengadu kepada-Nya sedangkan jari-jemari pantas sahaja menaip di laman sosial mengadu masalah kita? Sepertimana yang demikian sepatutnya terlebih dahulu dan lebih kerap pula kita mengadu kepada Allah s.w.t. Sama-sama kita beringat.

Usia sentiasa mengejar. Masih banyak yang perlu aku teroka.

-Sekadar gambar hiasan

Monday, July 2, 2012

Apabila Kenderaan Bertembung di Jalan Raya

Pernahkah anda mengalami kemalangan jalan raya? Terasa malang tak? Kita memang malang apabila terlibat dalam insiden tersebut namun ianya bergantung pada pandangan kita. Kadang-kadang kita rasa malang, mana tahu ada hikmah sebaliknya. Jumpa member lame ke, entah-entah jumpa jodoh kat atas jalan raya. Fulamak terbaik jalan cerita.

Kita belum cukup malang kalau kereta kita bersepai kat atas jalan raya tambah pula dengan luka-luka dan patah riuk tulang badan kita. Yang betul-betul malang bila kita on the way nak pergi  buat maksiat lepas tu meninggal tak sempat bertaubat. Tu baru betul-betul malang.

Bayangkan bagaimana jika kita terlibat dalam kemalangan. Mau-mau tiba-tiba orang belakang hentam kereta baru kita pula. Apa kes ni, brader. Gua baru beli kete ni sekerat hari je. Memang panas la gak kan. 

Relaks. Kalau dah memang salah dia nasihat je sikit dengan muka senyum (padahal hati marah). Nak marah-marah pun buat apa. Buat report claim insurans lagi baik. Cuba kalau kita tak tahu salah siapa, tak pasti atau sebagainya tiba-tiba kita nak hangin-hangin kat pihak yag lagi satu. Sekali buat report rupanya kita yang salah. Hah kan dah malu. Apa-apa pun dalam situasi macam ni, bertenang dan senyum dahulu. Buat perkara yang sepatutnya. Kan tak rugi.

Antara perkara-perkara yang perlu kita lakukan ketika menghadapi kemalangan yang melibatkan orang lain ialah:
1) Catat no kenderaannya
2) Ketahui tempat kemalangan
3) Arah perjalanan
Perkara-perkara tersebut penting untuk report polis termasuklah no kenderaan yang kita guna. Jangan lupa pula no kenderaan sendiri.

Hah, ingat jangan lupa perkara-perkara ni. Hati-hati di jalan raya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...