Pages

Tuesday, March 29, 2011

It's about "Be Yourself"


Apa ye maksud ‘be yourself’ ini? Ramai orang mengatakan ‘be yourself’ ni ialah tidak terikut-ikut dengan cara orang lain. Secara umumnya, tidak terikut-ikut dengan personality orang lain. Banyak pandangan yang meletakkan makna ‘be yourself’ ni mengikut tanggapan mereka. Maka, banyaklah orang keliru dengan makna sebenar ‘be yourself’ ini.

‘Be yourself’ ialah tidak mengikut secara bulat-bulat apa yang mencorakkan personaliti orang lain. Setiap daripada kita mempunyai personaliti tersendiri. Personaliti tiada yang baik dan yang buruk. Tetapi, kelakuan yang dinilai dengan baik dan buruk. Kawan-kawan bolehlah baca dalam buku-buku yang mebincangkan mengenai personaliti jika kurang faham. Mengikut apa yang saya faham begitulah.

Mengambil sesuatu unsur yang lebih baik daripada personaliti orang lain tiada salahnya. Itu adalah peningkatan dan penambahbaikan personaliti diri kita. Hatta, mana yang lemah dalam diri kita perlu diperbaiki. Saya bimbang jika ada individu salah faham dengan kegunaan kata-kata ‘be yourself’ ini iaitu kita perlu meneruskan apa sahaja yang telah mencorakkan diri kita walaupun ianya tampak kurang elok. Bagaimana maksudnya ya?

Individu A merupakan seorang yang bersikap terus terang. Orang ramai memang maklum dengan sikap Si A ini. Kadang kala, sikap terlalu berterus terang A membuatkan individu lain terguris dengan kata-katanya. Jadi, Si A selesa dengan sikapnya walaupun sedar orang lain semakin menjauhinya. Namun dia tetap tidak peduli. Baginya, itu merupakan dirinya. Jika mahu bersahabat dengannya, fahami sikap terus terangnya. Tetapi, Si A perlu tahu bukan semua perkara tepat letaknya untuk kita berterus terang walaupun kadangkala ia memang perlu.

Daripada cerita Si A ini, kita patut tahu apa sebenarnya ‘be yourself’ itu. Jika kefahaman kita sama sahaja dengan Si A, maknanya kita akan sentiasa bersikap dengan sikap yang kurang disenangi. Bersikap dengan sikap yang kurang disenangi maknanya kita kurang jati diri yang disegani.

Justeru, kita perlu ‘be urself’ dengan memperbaiki diri. Dengan sendirinya, kita membentuk personaliti yang terbilang lagi gemilang. Mari memupuk personaliti mampan dan yang buruk perlu ditampan.


2 comments:

Amelia Ahmad said...

hohoho...yupp,aku dpt apa yg cuba ko smpaikn..kita mesti perbaiki kelemahan kita ada kn??stiap ari kita akn menjadi lebih baik..jgn xde lnsung usaha nk ubah ntrima jew walau memg nmpk "buruk"..hehe.tetapi kdg2 ada "attitude" kita yg sukar sgt nk ubah...hurm..agaknya perjalanan yg akn dtg serta masa mmpu mgubahnya.....:)

Faizal Tauhir said...

haha..betul gak tu..tp ble la ak nk jd baik..byk betul sikap buruk ak nih..geram plak rase..haish!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...