Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,
Salam bahagia saya ucapkan. Moga sentiasa bahagia hendaknya. Hari ini, saya mahu menceritakan tentang kisah seorang guru lelaki sekolah rendah yang sangat dikagumi. Dek kerana sifat penyayang tetapi tegas, khidmatnya tetap diingati hingga kini.
Pada 29hb yang lepas, saya mengikuti rombongan batch sekolah rendah kakak saya melawat seorang bekas guru yang menderita penyakit kencing manis. Selain kencing manis, terdapat juga penyakit-penyakit sekawan dengannya. Cikgu ini (saya lebih biasa dengan sebutan cikgu), dahulunya merupakan Penolong Kanan Tadbir sekolah. Namun, berpindah sekolah ketika saya berada dalam darjah 5. Seorang cikgu yang sangat dihormati. Cikgu ini juga rapat dengan ayah saya yang dahulunya bertugas di kawasan Petaling Jaya.
Rombongan lawatan tiba di rumah cikgu pada pukul 1 tengah hari, tepat pada waktu yang dijanjikan. Tetapi, saya dan kakak menghadiri kenduri kahwin rakan matrikulasi kakak saya terlebih dahulu di Serdang. Tiba agak lewat, sekitar jam 3 petang. Nah, bukan agak lewat dah tu. Sangat lewat. Tetapi tidak mengapa ada alasan dan rombongan masih berada di rumah cikgu.
Setibanya di rumah cikgu di Antara Gapi, apa yang menarik cikgu masih mengenali setiap pelajar yang menziarahinya. Sungguh mengharukan perpisahan selama 13 tahun (bagi batch kakak saya) masih tidak luput dalam ingatan cikgu. Tu cikgu tu. Bukan ingatan pelajar terhadap cikgu. Sepatutnya lebih lagilah ya lagi-lagi cikgu banyak berbakti kepada kita.
Selain itu, cikgu sendiri yang menyediakan juadah bersama-sama isterinya (juga seorang ustazah tetapi mengajar di sekolah lain) untuk kami yang datang seramai 10 orang. Mereka hanya tinggal bertiga bersama anak yang berusia 10 tahun. Anak pertama di matrikulasi Penang, yang kedua di sekolah berasrama di Kuala Selangor. Ustazah juga mengalami kencing manis. Kedua-duanya mengalami kesukaran berjalan. Itulah dia kasih-sayang guru terhadap murid-muridnya. Walaupun telah lama berpisah, namun tetap mahu menaburkan jasa. Sebelum itu, kami tidak tahu yang cikgu hanya tinggal bertiga bersama seorang anak yang masih kecil. Kasihan cikgu, menyediakan makanan untuk kami. Terima kasih, cikgu.
Cikgu kini dirawat di hospital berdekatan, namun kekurangan kemudahan menyebabkan cikgu dipindahkan ke hospital swasta yang lebih canggih. 3 kali seminggu cikgu perlu ke hospital untuk membersihkan darah. Dialisis kalau tak silap namanya. Ustazah pula belum lagi menerima sebarang rawatan kerana takut ditahan di hospital. Katanya, jika ditahan siapa yang akan menjaga cikgu. Harap-harap penyakit ustazah tidak bertambah kronik kerana baru di peringkat awal. Cikgu pula sudah kronik sehingga hilang penglihatan pada sebelah mata. Semoga cikgu dapat bertahan dan insyaAllah dapat sembuh daripada penyakitnya.
Sekitar jam 5 petang, kami bertolak pulang. Sempat lagi bergambar bersama cikgu. Perbualan antara anak murid dengan cikgu pada hari tersebut cukup berkesan. Cikgu dan ustazah nampak gembira dan diselangi dengan gelak tawa mereka. Semoga mereka tabah dengan ujian tersebut. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah suburkan jiwa mereka dengan semangat dan sedekahkan solat hajat untuk mereka. Terima kasih, cikgu atas jasa bakti cikgu selama ini.
~Bahagia itu datang daripada hati. Hati yang bagaimana? Anda jawab.~
Monday, January 31, 2011
Friday, January 28, 2011
Ibu Bapa Teman Paling Akrab
Pejam celik pejam celik, sudah menjangkau 22 tahun saya dilahirkan di dunia ini. Syukur alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur. Dalam umur yang begini, tidak kurang banyak juga pengalaman-pengalaman yang telah saya alami. Manis ada, pahit pun ada. Bukan semua pengalaman itu manis. Kalau manis semuanya dah kena kencing manis dah muda-muda ni. Hehe!
Terkenangkan kembali saat masih kecil, semuanya bergantung kepada ibu bapa. Sehingga kini, saya sudah mampu berdikari tanpa bergantung kepada mereka. OH, TIDAK! Saya rasa kenyataan itu SALAH. Memang saya boleh berdikari tetapi saya tetap lagi bergantung kepada ibu bapa. Tetap, masih dan perlu. 'Bergantung' di sini membawa maksud sentiasa menganggap ahli keluarga khususnya ibu bapa sebagai teman dan penasihat paling utama. Inilah yang diajarkan dalam Islam yang menuntut kita membina ukhwah yang erat dalam institusi kekeluargaan sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).
Lemahnya ikatan kekeluargaan menyebabkan seseorang itu mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar. Kemungkinan besar juga seseorang itu akan menerima tekanan. Tekanan kerana kekurangan kasih sayang yang paling utama sesama insan. Ya, inilah kasih sayang utama yang tidak boleh dipandang remeh oleh setiap individu. Cinta yang perlu diutamakan selepas cinta kepada Allah dan rasul-Nya.
Kadang-kadang saya terfikir, mengapa terlebih dahulu saya mencari teman sebagai penasihat sedangkan ibu bapa sentiasa ada di sisi. Baru saya sedar sebenarnya lebih banyak kebaikan jika berkongsi cerita dengan ibu bapa. Mungkin kerana sikap ego. Ego kerana tidak mahu dilabel seperti budak kecil yang tak mampu menyelesaikan masalah dengan sendirinya. Sedangkan ini sesuatu yang berbeza. Inilah yang dinamakan 'sharing is caring.' Istilah yang sering kita gunakan tetapi kita sendiri kabur dengan maksudnya.
Antara perkara penting yang patut dikongsikan dengan ibu bapa:
Dan sekarang, saya mahu mendidik diri ini supaya bersikap 'sharing is caring' dengan ibu bapa saya. Mari sama-sama kita praktikkan. InsyaAllah, diharapkan keadaan ini mampu menambahkan kemanisan dalam hubungan kekeluargaan. Pasti! Sesungguhnya menjaga hubungan kekeluargaan itu adalah amanah daripada Allah.
~Sungguh kasih sayang dalam kekeluargaan itu sangat hangat~

- Arah tuju ketika mahu keluar rumah
- Dilema kehidupan
- Kejayaan yang membanggakan
- Rangkaian perhubungan
Dan sekarang, saya mahu mendidik diri ini supaya bersikap 'sharing is caring' dengan ibu bapa saya. Mari sama-sama kita praktikkan. InsyaAllah, diharapkan keadaan ini mampu menambahkan kemanisan dalam hubungan kekeluargaan. Pasti! Sesungguhnya menjaga hubungan kekeluargaan itu adalah amanah daripada Allah.
~Sungguh kasih sayang dalam kekeluargaan itu sangat hangat~
Labels:
motivasi diri,
ukhwah
Wednesday, January 19, 2011
Jenis Perkataan
Bersyukur kita dikurniakan nikmat bercakap. Boleh berhubung dengan mudah dan menyampaikan mesej kepada orang lain. Melalui percakapan juga, kita dapat mengenal isi hati seseorang. Ya, ianya salah satu aspek dalam penilaian sikap seseorang. Ketahuilah, perkataan sebagai manakah yang sering digunakan oleh seseorang itu. Perkataan itu ada empat jenis:
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Keselamatan manusia terletak pada lisan yang terpelihara."
1) Perkataan yang bijak
Apabila berbicara jelas setiap kata-katanya bernilai. Setiap perbualan sarat dengan ilmu dan hikmah. Malah orang yang mendengarkan merasakan manfaat daripada kata-kata tersebut. Kata-kata orang yang bijak ini selalu dinantikan. Namun, orang yang bijak selalunya tidak terlalu melepaskan kata-katanya. Berkata-kata hanya sesuai pada tempatnya. Bahkan, dirinya lebih gemar mendengar percakapan orang lain bagi mendapat manfaat daripada kata-kata tersebut.
2) Perkataan biasa
Perbualan kosong yang tiada asasnya. Segala yang terlintas diceritakannya termasuklah apa yang dilihat dan sebagainya. Masa selama berjam-jam dihabiskan dengan kata-kata yang tidak mendatangkan manfaat. Lalu, percakapan ditamatkan seiring dengan kehabisan masa terluang begitu sahaja. Orang itu berada dalam keadaan kerugian.
3) Perkataan bermartabat rendah
Kata-kata yang sering menggambarkan keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang sebegini tidak pernah menerima apa yang terjadi terhadapnya. Segala yang berlaku seringkali dipandang negatif. Semuanya serba tidak kena dan serba tidak lengkap. Apabila diberi makanan tia merungut kurang panas. Apabila dipanaskan, dia merungut kurang garam pula. Apabila ditambah garam, terlalu masin pula katanya. Akhirnya tiada yang sesuai dengannya. Setiap perkataan yang diungkapkan ada saja kurang di matanya. Begitu kata-katanya menunjukkan kehinaan dirinya.
4) Perkataan bongkak
Setiap perkataan yang kosong mengapa perlu dibangga-banggakan. Orang itu sibuk menceritakan kelebihan dan kehebatan dirinya. Sungguh dia mahu dirinya dihormati dan dihargai oleh masyarakat sekeliling. Orang yang kurang harga diri memang selalu ingin dihargai.
"Keselamatan manusia terletak pada lisan yang terpelihara."
Sumber: Menjadi Muslim Terbaik; Abdullah Gymnastiar (Aa Gym)
~Kekuatan terbesar pada kata-kata adalah kata-kata yang dapat memberi manfaat kepada orang yang mendengarnya.
Labels:
motivasi diri,
perkongsian,
tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)