Pages

Wednesday, July 7, 2010

Maaf!?

“Maaf, aku tak buat lagi.”
“Sorry weh! Tak sengaja..”
"Maafkan den yo.."
"Ops, Bob! Sori, Bob."

Nampak simple. Pendek je. Tak bernanah pun mulut tu nak minta maaf.

“Ah! Kau cakap senangla.. Takkan semua salah nak minta maaf. Gedik giler.”

Hah, nilah salah satu masalahnya. Minta maaf dia kata gedik. Maaf ya, maaf ni boleh menunjukkan kesedaran kita atas suatu kesalahan. Tambah-tambah lagi boleh memperbaiki suatu perhubungan dengan lebih effisien. Kadang-kadang kita sedar tapi tak sedar seluruhnya. Jadi pihak yang kedua boleh beritahu dengan lebih jelas kesalahan kita lantas memperbaiki perhubungan.
Okey sekarang kita tengok pula pada dua pihak yang berbeza ni. Sorang dikenali sebagai Bro Defendan dan sorang lagi dikenali sebagai Encik Plaintif . Anggap la kita tak tahu lagi siapa salah. Tapi biasanya defendan yang salah. Bajet ahli undang2 la kau!!haha!

Situasi 1:
Encik Plaintif: Jadi siapa salah sekarang ni? Takkan tak nak mengaku pula.
Bro Defendan: Ko nak tuduh aku la ni? Sorila nak minta maaf. Peduli apa aku.
Sama-sama tak nak mengaku.Ish3!!

Situasi 2:
Encik Plaintif: Weh, ko jangan ulang lagi benda camni okey.
Bro Defendan: Apa pula nak ulang. Ko ingat aku suka buat benda camni?
                Pulak dahh.. Siap dah gitau tapi tak nak pula minta maaf. Lagi sound pulak dia bagi.

Situasi 3:
Encik Plaintif: (Menunggu dan melihat.)
Bro Defendan: Eh, diam je dia! Marah la tu. Takpela lama2 okey la tu.
                Hah! Ni pun masalah ni. Dah tau tapi buat derk. Dalam situasi ni lebih baik maafkan jela. Kadang2 memaafkan lebih mudah daripada menunggu orang minta maaf. Buat apa tunggu. Jiwa kacau der!!

Situasi 4:
Encik Plaintif: Aku kecewa la dengan kau. Kenapa kau tak cakap betul2 dengan aku?
Bro Defendan: Erm.. Kau dah makan?
                Bagi makan penampar je. Hehe! Takdelah.. Bro Defendan ni pemalu bab2 minta maaf ni. Kalau buat masalah dia tak malu. Janji rock katanya.

Situasi 5:
Encik Plaintif: Kau buat salah pastu buat bodoh je kan?
Bro Defendan: Aku taula aku belajar tak tinggi ko cakap aku bodoh. Ko tu cam ****.
Encik Plaintif: Apa? Minta maaf cepat. Kalau tak, tak nak kawan!(sambil goyang2 pinggul)
Bro Defendan: Ko nak suh aku minta maaf ke? Ah, gediklah minta2 maaf.
                Tak tau mana yang gedik. Tapi dah tau belajar tak tinggi, bagila akhlak tu tinggi sikit.

Situasi 6:
Encik Plaintif: Eh, mamat ni! muka pucat je. Tau pun rasa bersalah. (mengomel)
Bro Defendan: Ish! Nak minta maaf ke tak ni. Cool jelah. Sikit je tu. Nanti kalau minta maaf orang ingat aku ni suka minta maaf. (mengomel balik)
                Hadoi Hadoi Hadoi........Kepada Bro Defendan, kalau kau buat salah selalu pastu asyik minta maaf je memangla orang fikir camtu. No matter la kalau kita minta maaf dan tak ulang lagi salah tu. Orang pun akan lebih respek kita sebab kita pun respek orang lain. 
Kesimpulannya, kunci untuk orang lain menghormati kita ialah kita menghormati orang lain terlebih dahulu. Sekian...

Monday, July 5, 2010

Alahaiii!! Aku Kompiussss...

Memang susah nak kawal perasaan kalau dilanda dilema. Bagaimana? Apa? Berapa? Di mana? Arghhh!! Aku kompius.. Mulalah pulak datang pening kepala, jiwa kacau, mandi terlebih basah tido terlebih lena. Bangun2 jadi panda daa...

Nila akibat kalau tido terlebih..badan gemok takpe..lagi dahsyat mata hitam lagi besar dari mata putih(????)..hahaha!

"Dah2 berhenti melalut der..makin naik pening kepala aku dengar.."
Suara mana plak tiba2 datang ni..Cess!! Okay2.. Sebenarnya aku nak cakap pasal moto..moto? Motosikal laa... Bukan apa moto aku dah meragam dah..Macam2 hal plak dia wat. Rosak dah bawak g klinik tapi tak lama lagi wat hal lain pulak. Ceh menyirap darah aku. Cakap pasal moto, ni moto idaman aku.

Amacam okey tak? Moto okey tapi aku yang tak okey berangan nak beli moto ni. Tunggu jadi jutawan la...Haha! Saufy, kalau ko nak beli moto ni dulu takpe..aku tak kisah janji aku orang first pinjam moto ko.hahaha!
Tadi tu angan2..okey kali ni betol2..Sebenarnya aku kompius nak beli moto apa. Bajet cukup2 je tapi perlukah aku beli moto? Atau simpan lagi baik? Aku nak beli antara FZ150 atau Boxer 200 la..Kompius2!!

Eh ni Qamarul punya..camne plak boleh ade kat sini..haha..Next!!

Momos Boxer 200. Harga dalam RM7200. Momos ni standard terkenal dengan kelasakannya. Bolehlah aku masuk hutan relax je kalau nak g memburu ke nanti..haha!

Yamaha FZ 150. Harga dalam RM8000. Moto ni save minyak gak r. Gune fuel injection. Dari Penang sampai Serdang terbang RM20 je. Lebih kurang satu tank la..

Dua2 moto ni top speed takde la tinggi sangat. Maklum lah engin SOHC apalah sangat kalau nak banding dengan DOHC cam CBR..huhu!

Ni plak moto aku sekarang. Tu pasal aku nak tuka moto. Dah repair2 pon rosak balik..hahaha!;D

*Tolong aku bagi idea..Tak sanggup kompius lagi...

Friday, July 2, 2010

SENI CINTA TANPA NESTAPA

Assalamualaikum..
         Saban hari kita dikejutkan oleh pelbagai masalah-masalah sosial dalam masyarakat moden hari ini. Mengapa semua itu terjadi? Seribu satu sebab dan alasan mampu dihuraikan jika topik ini dibincangkan. salah satu punca utama masalah tersebut ialah salah faham masyarakat kita tentang erti cinta. Asal cinta sahaja perlulah bermesra-mesraan, berkasih-kasihan, berpimpin tangan dan sebagainya.
         Pendidikan di sekolah tidak begitu menerapkan makna sebenar cinta dan kasih-sayang itu sendiri. Namun, bukan sistem pendidikan di sekolah yang perlu dipersalahkan. Ibu bapa lah yang perlu mengambil peranan tersebut. Peranan ibu bapa tidak terlepas begitu sahaja apabila anak sudah dihantar ke sekolah. Peranan ibu bapa sungguh lebih luas daripada itu.
         Kadang-kala ada juga sahabat yang mengutarakan isu ini. Jadi tanpa berkata banyak, saya hanya boleh katakan bahawa cinta ialah kasih-sayang yang membawa ke syurga. Maka, apa yang perlu kita faham ialah cabang-cabang cinta dimulai dengan cinta paling agung iaitu cinta kepada Allah s.w.t. Di sini, cinta sesama manusia yang sering disalah tafsir oleh remaja-remaja zaman sekarang cuba ditekankan.

NIAT:
Kita memang sedia maklum bahawa setiap manusia menginginkan (berniat) orang yang dicintai akan menjadi pasangan hidupnya. Sebelum kita mencintai seseorang, kita perlu tahu bahawa tak semestinya orang yang dicintai sudah pasti adalah jodoh kita. Jadi, apa yang penting hargailah dia sebagai seorang sahabat. Bukan melepasi batasan sehingga berkasih sayang seperti suami isteri. Dan ingat, tiada couple islamik bagi membolehkan couple tu dibenarkan. Mencintai bukan bermaksud perlu bercinta. Tapi cukuplah sekadar sama2 mendapat kebaikan daripada perhubungan tersebut.

SENI BERFIKIR:
First sekali, jaga fikiran dan jaga hati kita. So, first sekali elakkan daripada nafsu mengawal hati kita. Bila nafsu sudah mengawal hati, fikiran menjadi kurang cekap (bodoh). Ingat nafsu itu boleh membutakan mata dan membodohkan akal.
Cinta perlu ada pedoman dan peraturan. Jagalah setiap pergaulan apatah lagi kepada orang yang dicintai. Ingat!! Kamu belum nikah. Jadi, cinta itu bukan milik kamu atau milik dia. Cinta sejati tak akan mengabaikan peraturan-peraturan tersebut. Ini yang menunjukkan keikhlasan seseorang yang mempunyai rasa cinta itu.

SENI MERASA:
Jangan gopoh dalam bercinta. Ketahuilah bila anda mahu melamar calon pilihan. Jika dalam tempoh terdekat ianya sudah cukup bagus. Maknanya tidak lama anda perlu menahan perasaan terpendam. Jika ianya masih lama lagi. Mungkin 3 tahun dan seterusnya, lebih baik ianya berjalan secara perlahan. Kerana kesabaranlah yang mengajar kita menghargai cinta tersebut. Bukankan makan selepas berpuasa adalah lebih terasa kenikmatannya? Jika anda gelojoh, mungkin ianya akan seronok seketika lalu berakhir dengan kebosanan lalu pudarlah warna cinta.
Merasa cinta sejati perlulah sederhana sifatnya. Jangan terikut-ikut dengan kata rakan-rakan mahupun kekasih atau terbawa-bawa dengan perasaan. Jika kecewa bercinta jangan putus asa, ingatlah rahmat Pencipta sentiasa ada untuk kita. Rasailah rahmat-Nya dan syukurilah ia.

SENI BERTINDAK:
Jangan memdahului ketentuan. Sabarlah sehingga sampai masanya cinta itu halal untuk dibuktikan dan diserahkan. Nikah itu ikatan (akad) cinta. Itulah bukti pertama paling kukuh yang boleh dijadikan pegangan. Jika bercinta terlanjur bercinta sebelum kahwin, jalanilah ia sekadarnya sahaja. Lihat saja ramai yang bercinta bertahun-tahun sebelum kahwin akhirnya putus di tengah jalan. Tidak ramai yang mampu bertahan hingga ke gerbang perkahwinan. Daripada yang berjaya ke gerbang perkahwinan pula, bertahan hanya beberapa bulan. Sedangkan bercinta berapa lama? Boleh buat novel laa. Kerana apa? Kerana semua keindahan percintaan telah dinikmati sehabisnya.

Jika kekasih mahu merosakkan kehormatan kita dalam segala bentuk pun, jangan merasa kesal meninggalkannya. Keikhlasannya mungkin sudah terbongkar kerana tidak menghormati anda. Ingatlah masih ramai lagi calon yang baik-baik di luar sana jika kita juga begitu. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan baik untuk lelaki yang baik. Itu janji Allah. Adakah kita tidak mempercayainya?
Seseorang yang ikhlas tahu mana batas pergaulan yang secara tidak langsungnya mampu menjaga kehormatan kekasihnya. Mampu mengelakkan kekasihnya daripada menerima fitnah. Seterusnya dia tahu bahawa kekasihnya masih lagi sahabatnya bahkan bukan isterinya.

Jadi, kita sudah nampak bukan bagaimana menilai seseorang? Tangga pertama dalam masyarakat kita ialah tunang. Salah satu bukti keikhlasan seseorang. Tiada guna couple. Malahan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai, apatah lagi couple yang tidak pasti apa penghujungnya. Sama2 kita fikirkan. Renung-renungkan dan selamat beramal..

Rujukan: Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya, Hilal Asyraf.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...