Pages

Wednesday, July 7, 2010

Maaf!?

“Maaf, aku tak buat lagi.”
“Sorry weh! Tak sengaja..”
"Maafkan den yo.."
"Ops, Bob! Sori, Bob."

Nampak simple. Pendek je. Tak bernanah pun mulut tu nak minta maaf.

“Ah! Kau cakap senangla.. Takkan semua salah nak minta maaf. Gedik giler.”

Hah, nilah salah satu masalahnya. Minta maaf dia kata gedik. Maaf ya, maaf ni boleh menunjukkan kesedaran kita atas suatu kesalahan. Tambah-tambah lagi boleh memperbaiki suatu perhubungan dengan lebih effisien. Kadang-kadang kita sedar tapi tak sedar seluruhnya. Jadi pihak yang kedua boleh beritahu dengan lebih jelas kesalahan kita lantas memperbaiki perhubungan.
Okey sekarang kita tengok pula pada dua pihak yang berbeza ni. Sorang dikenali sebagai Bro Defendan dan sorang lagi dikenali sebagai Encik Plaintif . Anggap la kita tak tahu lagi siapa salah. Tapi biasanya defendan yang salah. Bajet ahli undang2 la kau!!haha!

Situasi 1:
Encik Plaintif: Jadi siapa salah sekarang ni? Takkan tak nak mengaku pula.
Bro Defendan: Ko nak tuduh aku la ni? Sorila nak minta maaf. Peduli apa aku.
Sama-sama tak nak mengaku.Ish3!!

Situasi 2:
Encik Plaintif: Weh, ko jangan ulang lagi benda camni okey.
Bro Defendan: Apa pula nak ulang. Ko ingat aku suka buat benda camni?
                Pulak dahh.. Siap dah gitau tapi tak nak pula minta maaf. Lagi sound pulak dia bagi.

Situasi 3:
Encik Plaintif: (Menunggu dan melihat.)
Bro Defendan: Eh, diam je dia! Marah la tu. Takpela lama2 okey la tu.
                Hah! Ni pun masalah ni. Dah tau tapi buat derk. Dalam situasi ni lebih baik maafkan jela. Kadang2 memaafkan lebih mudah daripada menunggu orang minta maaf. Buat apa tunggu. Jiwa kacau der!!

Situasi 4:
Encik Plaintif: Aku kecewa la dengan kau. Kenapa kau tak cakap betul2 dengan aku?
Bro Defendan: Erm.. Kau dah makan?
                Bagi makan penampar je. Hehe! Takdelah.. Bro Defendan ni pemalu bab2 minta maaf ni. Kalau buat masalah dia tak malu. Janji rock katanya.

Situasi 5:
Encik Plaintif: Kau buat salah pastu buat bodoh je kan?
Bro Defendan: Aku taula aku belajar tak tinggi ko cakap aku bodoh. Ko tu cam ****.
Encik Plaintif: Apa? Minta maaf cepat. Kalau tak, tak nak kawan!(sambil goyang2 pinggul)
Bro Defendan: Ko nak suh aku minta maaf ke? Ah, gediklah minta2 maaf.
                Tak tau mana yang gedik. Tapi dah tau belajar tak tinggi, bagila akhlak tu tinggi sikit.

Situasi 6:
Encik Plaintif: Eh, mamat ni! muka pucat je. Tau pun rasa bersalah. (mengomel)
Bro Defendan: Ish! Nak minta maaf ke tak ni. Cool jelah. Sikit je tu. Nanti kalau minta maaf orang ingat aku ni suka minta maaf. (mengomel balik)
                Hadoi Hadoi Hadoi........Kepada Bro Defendan, kalau kau buat salah selalu pastu asyik minta maaf je memangla orang fikir camtu. No matter la kalau kita minta maaf dan tak ulang lagi salah tu. Orang pun akan lebih respek kita sebab kita pun respek orang lain. 
Kesimpulannya, kunci untuk orang lain menghormati kita ialah kita menghormati orang lain terlebih dahulu. Sekian...

5 comments:

Kiddo. said...

aku berminat dgn entri ni.

hmm, mmg tak semua org senang nak mintak maaf dan tak semua org jugak yang sudi memaafkan kesalahan org laen.

ade yg mmg tak reti2 nk mintak maaf bile dah buat salah, tapi dlm mase yg same org laen dah pon memaafkan die.

ade jugak yg dah berpuluh2 kali mintak maaf, tp org laen tetap jugak xnak maafkan die. mungkin sbb kesalahan yg die buat tu terlalu berat.

so sebelum tido, maafkan la kesalahan org pd kite, dan doa org laen terbuke hati nk maafkan kesalahan kite. kite xtau kite akn bangun atau x esok pagi tu.

okay, skng aku mintak maaf sbb tulis komen pnjang. hee :P
lps dah tulis pnjg2, br aku perasan " jangan komen banyak2 :P "
HAHAHA ! :D

Faizal Tauhir said...

"sebelum tido, maafkan la kesalahan org pd kite, dan doa org laen terbuke hati nk maafkan kesalahan kite."cam dr.fadzilah kamsah pny ayat je..haha
xpe2 xyah mntak maaf..trima kasih krana bminat dgn entri ni..huhu

zulaikha said...

nice entry.

"aku mintak maaf la kalau aku ade salah ye.." << bagi ko, perlu tak penggunaan 'kalau' kat ayat tu?

Faizal Tauhir said...

bg ak sometime perlu la..'kalau' tu mrujuk kpd bila kita ada salah harap dimaafkan..bila x brsalah xkan nk mntak maaf..lg pula,bukan bmaksud kita rasa kita takde salah..cuma cam ak ckp td..maaf bila ade ksalahan yg x dsedari..
bg markah cpat..huhu..

zulaikha said...

btul la.. markah aku bg 9 la..ok la kan??

kadang aku konpius jugak nak gune 'kalau' ke x.. hehe..

zulaikha's blog:
.::ZULAIKHA::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...