Pages

Friday, July 2, 2010

SENI CINTA TANPA NESTAPA

Assalamualaikum..
         Saban hari kita dikejutkan oleh pelbagai masalah-masalah sosial dalam masyarakat moden hari ini. Mengapa semua itu terjadi? Seribu satu sebab dan alasan mampu dihuraikan jika topik ini dibincangkan. salah satu punca utama masalah tersebut ialah salah faham masyarakat kita tentang erti cinta. Asal cinta sahaja perlulah bermesra-mesraan, berkasih-kasihan, berpimpin tangan dan sebagainya.
         Pendidikan di sekolah tidak begitu menerapkan makna sebenar cinta dan kasih-sayang itu sendiri. Namun, bukan sistem pendidikan di sekolah yang perlu dipersalahkan. Ibu bapa lah yang perlu mengambil peranan tersebut. Peranan ibu bapa tidak terlepas begitu sahaja apabila anak sudah dihantar ke sekolah. Peranan ibu bapa sungguh lebih luas daripada itu.
         Kadang-kala ada juga sahabat yang mengutarakan isu ini. Jadi tanpa berkata banyak, saya hanya boleh katakan bahawa cinta ialah kasih-sayang yang membawa ke syurga. Maka, apa yang perlu kita faham ialah cabang-cabang cinta dimulai dengan cinta paling agung iaitu cinta kepada Allah s.w.t. Di sini, cinta sesama manusia yang sering disalah tafsir oleh remaja-remaja zaman sekarang cuba ditekankan.

NIAT:
Kita memang sedia maklum bahawa setiap manusia menginginkan (berniat) orang yang dicintai akan menjadi pasangan hidupnya. Sebelum kita mencintai seseorang, kita perlu tahu bahawa tak semestinya orang yang dicintai sudah pasti adalah jodoh kita. Jadi, apa yang penting hargailah dia sebagai seorang sahabat. Bukan melepasi batasan sehingga berkasih sayang seperti suami isteri. Dan ingat, tiada couple islamik bagi membolehkan couple tu dibenarkan. Mencintai bukan bermaksud perlu bercinta. Tapi cukuplah sekadar sama2 mendapat kebaikan daripada perhubungan tersebut.

SENI BERFIKIR:
First sekali, jaga fikiran dan jaga hati kita. So, first sekali elakkan daripada nafsu mengawal hati kita. Bila nafsu sudah mengawal hati, fikiran menjadi kurang cekap (bodoh). Ingat nafsu itu boleh membutakan mata dan membodohkan akal.
Cinta perlu ada pedoman dan peraturan. Jagalah setiap pergaulan apatah lagi kepada orang yang dicintai. Ingat!! Kamu belum nikah. Jadi, cinta itu bukan milik kamu atau milik dia. Cinta sejati tak akan mengabaikan peraturan-peraturan tersebut. Ini yang menunjukkan keikhlasan seseorang yang mempunyai rasa cinta itu.

SENI MERASA:
Jangan gopoh dalam bercinta. Ketahuilah bila anda mahu melamar calon pilihan. Jika dalam tempoh terdekat ianya sudah cukup bagus. Maknanya tidak lama anda perlu menahan perasaan terpendam. Jika ianya masih lama lagi. Mungkin 3 tahun dan seterusnya, lebih baik ianya berjalan secara perlahan. Kerana kesabaranlah yang mengajar kita menghargai cinta tersebut. Bukankan makan selepas berpuasa adalah lebih terasa kenikmatannya? Jika anda gelojoh, mungkin ianya akan seronok seketika lalu berakhir dengan kebosanan lalu pudarlah warna cinta.
Merasa cinta sejati perlulah sederhana sifatnya. Jangan terikut-ikut dengan kata rakan-rakan mahupun kekasih atau terbawa-bawa dengan perasaan. Jika kecewa bercinta jangan putus asa, ingatlah rahmat Pencipta sentiasa ada untuk kita. Rasailah rahmat-Nya dan syukurilah ia.

SENI BERTINDAK:
Jangan memdahului ketentuan. Sabarlah sehingga sampai masanya cinta itu halal untuk dibuktikan dan diserahkan. Nikah itu ikatan (akad) cinta. Itulah bukti pertama paling kukuh yang boleh dijadikan pegangan. Jika bercinta terlanjur bercinta sebelum kahwin, jalanilah ia sekadarnya sahaja. Lihat saja ramai yang bercinta bertahun-tahun sebelum kahwin akhirnya putus di tengah jalan. Tidak ramai yang mampu bertahan hingga ke gerbang perkahwinan. Daripada yang berjaya ke gerbang perkahwinan pula, bertahan hanya beberapa bulan. Sedangkan bercinta berapa lama? Boleh buat novel laa. Kerana apa? Kerana semua keindahan percintaan telah dinikmati sehabisnya.

Jika kekasih mahu merosakkan kehormatan kita dalam segala bentuk pun, jangan merasa kesal meninggalkannya. Keikhlasannya mungkin sudah terbongkar kerana tidak menghormati anda. Ingatlah masih ramai lagi calon yang baik-baik di luar sana jika kita juga begitu. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan baik untuk lelaki yang baik. Itu janji Allah. Adakah kita tidak mempercayainya?
Seseorang yang ikhlas tahu mana batas pergaulan yang secara tidak langsungnya mampu menjaga kehormatan kekasihnya. Mampu mengelakkan kekasihnya daripada menerima fitnah. Seterusnya dia tahu bahawa kekasihnya masih lagi sahabatnya bahkan bukan isterinya.

Jadi, kita sudah nampak bukan bagaimana menilai seseorang? Tangga pertama dalam masyarakat kita ialah tunang. Salah satu bukti keikhlasan seseorang. Tiada guna couple. Malahan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai, apatah lagi couple yang tidak pasti apa penghujungnya. Sama2 kita fikirkan. Renung-renungkan dan selamat beramal..

Rujukan: Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya, Hilal Asyraf.

 

6 comments:

Kiddo. said...

kesimpulannya kita belom tentu kahwin dengan orang yg kita bercinta. :)

Faizal Tauhir said...

betul tu..
jadi bersahabatlah sepertimana ianya sahabat..huhu

sukacakap said...

"Jadi, kita sudah nampak bukan bagaimana menilai seseorang? Tangga pertama dalam masyarakat kita ialah tunang. Salah satu bukti keikhlasan seseorang. Tiada guna couple. Malahan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai, apatah lagi couple yang tidak pasti apa penghujungnya. Sama2 kita fikirkan. Renung2kan dan selamat beramal.."
Guni, aku ske part ni...best2..that the thing that i hold..=)

sukacakap said...

"Jadi, kita sudah nampak bukan bagaimana menilai seseorang? Tangga pertama dalam masyarakat kita ialah tunang. Salah satu bukti keikhlasan seseorang. Tiada guna couple. Malahan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai, apatah lagi couple yang tidak pasti apa penghujungnya. Sama2 kita fikirkan. Renung2kan dan selamat beramal.."
Guni, aku ske part ni...best2..that the thing that i hold..=)

Faizal Tauhir said...

bagus2..hidup perlu ada pegangan..huhu!
thanx2..

sukacakap said...

betol3..jom tkar kos amik psikologi..mesti 4 flet setiap sem..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...