Pages

Monday, July 2, 2012

Apabila Kenderaan Bertembung di Jalan Raya

Pernahkah anda mengalami kemalangan jalan raya? Terasa malang tak? Kita memang malang apabila terlibat dalam insiden tersebut namun ianya bergantung pada pandangan kita. Kadang-kadang kita rasa malang, mana tahu ada hikmah sebaliknya. Jumpa member lame ke, entah-entah jumpa jodoh kat atas jalan raya. Fulamak terbaik jalan cerita.

Kita belum cukup malang kalau kereta kita bersepai kat atas jalan raya tambah pula dengan luka-luka dan patah riuk tulang badan kita. Yang betul-betul malang bila kita on the way nak pergi  buat maksiat lepas tu meninggal tak sempat bertaubat. Tu baru betul-betul malang.

Bayangkan bagaimana jika kita terlibat dalam kemalangan. Mau-mau tiba-tiba orang belakang hentam kereta baru kita pula. Apa kes ni, brader. Gua baru beli kete ni sekerat hari je. Memang panas la gak kan. 

Relaks. Kalau dah memang salah dia nasihat je sikit dengan muka senyum (padahal hati marah). Nak marah-marah pun buat apa. Buat report claim insurans lagi baik. Cuba kalau kita tak tahu salah siapa, tak pasti atau sebagainya tiba-tiba kita nak hangin-hangin kat pihak yag lagi satu. Sekali buat report rupanya kita yang salah. Hah kan dah malu. Apa-apa pun dalam situasi macam ni, bertenang dan senyum dahulu. Buat perkara yang sepatutnya. Kan tak rugi.

Antara perkara-perkara yang perlu kita lakukan ketika menghadapi kemalangan yang melibatkan orang lain ialah:
1) Catat no kenderaannya
2) Ketahui tempat kemalangan
3) Arah perjalanan
Perkara-perkara tersebut penting untuk report polis termasuklah no kenderaan yang kita guna. Jangan lupa pula no kenderaan sendiri.

Hah, ingat jangan lupa perkara-perkara ni. Hati-hati di jalan raya!

Sunday, January 29, 2012

Adakah Kita Masih Muda

Salam barakah saudara saudari sekalian.
Berapa umur saudara saudari ketika ini? Oh, 20 tahun. Bukan? 24 tahun? Saya berumur 23 tahun pada tahun ini. Terasa tua jika dibandingkan dengan Sultan Muhammad al-Fateh yang berusia 22 tahun dan 23 tahun ketika memimpin tenteranya menawan Konstantinopel. Usamah bin Zaid r.a menjadi jeneral ketika berumur 18 tahun dan menumbangkan Rom ketika berusia 19 tahun. Memang banyak masa yang telah dibazirkan sedangkan saya belum lagi mencapai apa-apa pencapaian besar dalam hidup.

Mustahil jika saya bercita-cita untuk menawan negara seperti mana yang telah tokoh-tokoh tersebut lakukan. Setidak-tidaknya sepatutnya saya berusaha menjadi muslim yang berperibadian tinggi. Oh, saya terasa sangat tua. Tua untuk tidak serius, tua untuk bermain-main secara berlebihan.

Rasulullah ada berpesan yang dimulakan dengan, "Kejarlah lima perkara sebelum lima. Masa mudamu sebelum masa tuamu..." Kalimah kejar itu menunjukkan ianya sangat penting. Ketika mudalah kita mempunyai tenaga yang paling optimum, kecerdasan yang paling tinggi dan segala jenis kekuatan berada di tahap maksimum.

"Alah, relakslah aku muda lagi."

Masalahnya sampai bila kita mengukur diri kita masih muda. Tambahan pula, mendidik diri bukan satu proses yang boleh berlaku dalam sekelip mata. Ia memakan masa bertahun-tahun. Jika tidak kita mulai sekarang, bila  agaknya kita akan dapat hasilnya. Sehingga kini saya masih belum lagi mampu menjadi anak yang taat dan berlemah lembut kepada ibu bapa sepenuhnya walaupun sudah berusaha bertahun-tahun. Begitu juga perkara-perkara lain, masih banyak yang perlu diperbaiki.

3 tahun lagi saya berusia 26 tahun, 4 tahun lagi 27 tahun dan seterusnya. Pada ketika itu cukup matangkah saya untuk menjadi insan yang berumur 26 atau 27 tahun? Sudah bersediakah saya untuk menjadi seorang ahli masyarakat yang bertanggungjawab, pemimpin masa hadapan yang berkomitmen, dan memimpin sebuah keluarga Islam? Mari fikirkan apakah peningkatan yang dapat kita lakukan pada setiap tahun yang akan datang. Masa yang lepas telah kita jalani, masa hadapan perlu kita jalani dengan sebaiknya pula.

Mungkin kita selama ini alpa.
Menjadi khalifah di muka bumi ini bukan suatu yang sambil lewa.
Ingatlah akan tujuan hidup di dunia.
Masa masih ada, jangan disia-sia.

Semoga sama-sama kita bangkitkan semangat yang sedang lena. Mari berusaha.

Wednesday, January 25, 2012

Hanya Sekadar Mimpi




















Mari baca kisah ini. Mari mari mari.

Suatu hari, seekor nyamuk bermimpi sesuatu yang amat mengasyikkan. Dia memberitahu rakannya, Belalang.

"Belalang, semalam aku mimpi indah sangat. Aku menikmati darah segar sehingga kekenyangan,"beritahu Nyamuk.

Belalang melihat perut Nyamuk yang kempis seraya berkata,"Wah, indah betul mimpi engkau tu."

Nyamuk tersenyum riang.

Pada keesokan harinya, bercerita lagi Nyamuk akan mimpi pada malam berikutnya.

Kata Nyamuk,"Belalang, engkau tahu semalam aku mimpi kerajaan manusia mengharamkan penggunaan segala jenis ubat dan racun nyamuk kerana mencemarkan alam. Itu sudah sangat bagus. Tak perlulah aku lari lintang pukang ketika manusia menggunakan ubat nyamuk. Wah, seronoknya!"

Belalang seronok melihat gelagat rakannya itu.

Pada hari seterusnya, Belalang sengaja bertanya kepada Nyamuk,"Engkau bermimpi lagi malam tadi, Nyamuk?"

Jawab Nyamuk dengan nada gembira,"Ya, Belalang. Kali ini lebih indah. Seronoknya aku. Kali ini pula, manusia dilarang membunuh nyamuk kerana nyamuk diiktiraf sebagai haiwan peliharaan. Suka banget aku. Kihkihkih."

Belalang hanya mengangguk. Berpusing-pusing biji matanya melihat setiap gerak tari Nyamuk. Tetapi, dilihatnya perut Nyamuk semakin kempis. Nyata rakannya itu masih lagi kelaparan. Nyamuk, nyamuk.

Hah, bagaimana? Apa yang kita dapat daripada kisah ini? 

Manusia kadang-kadang hanya mampu berangan, bermimpi dan sebagainya. Lebih baik daripada itu sangat ramai yang mampu merancang. Namun, berapa ramaikah antara kita yang melaksanakan apa yang diimpikan mahupun yang dirancang. Sama-sama kita koreksi diri. Jangan biarkan mimpi hanya sekadar mimpi. 
Wallahu a'lam.

Saturday, October 8, 2011

Berani Berkata TIDAK

Saya doakan semua pembaca ruangan ini serta semua kaum muslimim dan muslimat sihat-sihat sentiasa. Tambahan, sentiasa di bawah redha Ilahi. Semoga sentiasa bersemangat menempuh kehidupan yang penuh pancaroba ini ya. Tempuhi dengan penuh keazaman dan jangan putus asa walaupun anggota badan dah putus sana-sini. Ada mutiara kata menyebut ,"Yang kuat itu bukan fizikal tapi minda, yang lemah itu bukan fizikal juga tapi minda."

Saya tahu semua yang sedang membaca ruangan ini kuat-kuat mindanya, cekal hatinya, tak mudah mengalah dengan cabaran, dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Cuma saya menulis demi mengingatkan diri sendiri yang kadang-kadang terleka sebentar. Mana tahu ianya kekadang terkesan juga kepada sesiapa yang berasa sedang lemah tatkala ini. Sama-sama kita beringat dan cuba mengambil manfaat. Yang buruk sama-sama kita hindari pula.

Sebelum ini kita berbicara mengenai ketidaksesuaian berkata "tidak" dalam entri Jangan Kata Tidak. Kali ini kita berbicara sebaliknya pula dalam entri ini. Tujuan saya ialah untuk kita sama-sama melihat bahawa dalam masalah-masalah tertentu, terdapat berbeza sudut pandangan dan penyelesaian. Kita kena fikir bahawa dalam satu masalah ada banyak penyelesaian, bukan dalam banyak masalah ada penyelesaian yang sama.

Hah, termenung apa tu? Tak faham ke saya cakap apa? Laa..takkan tu pun tak faham. Pura-pura tak faham la tu. Baiklah, kadang-kadang kita perlu kata "tidak" kalau kita benar-benar rasa tidak mampu menggalas sesuatu tugas. Bukan sebab malas ye tapi sebab kita mahu fokus kepada perkara lain. Takut fokus kita terganggu jika bertambahnya satu tugasan. Jangan jadi seperti kerbau dicucuk hidung. Semua yang disuruh, dilakukan. Hinggakan diri sendiri tidak terurus.

Gunalah pertimbangan akal sewajarnya dalam memilih tugasan agar masa lebih terurus. Kesihatan dan perkara-perkara lain juga tidak diabaikan. Mengapa perlu berkata ",Ok, I'm fine. Takde masalah" sedangkan hati begitu berat menerimanya, sedangkan kita belum benar-benar memikirkannya.

Ada kalanya kita mungkin rasa hebat kerana memegang banyak jawatan, menjadi orang sandaran dalam banyak perkara dan sentiasa diharapkan. Kalau boleh semua jawatan-jawatan tertinggi mahu kita pegang. Kalau zaman persekolahan saya dahulu orang sebegini dipanggil 'gipang'(gila pangkat). Tapi tak kisahlah kalau mereka ni benar-benar boleh menguruskan semua tanggungjawab. Saya tak kata jangan elakkan diri terus daripada tanggungjawab. Heh, jangan salah faham pula. Saya cuma ingin  fokuskan supaya kita bijak membuat pertimbangan. Yang mana kita rasa tak mampu, kita tolak kalau boleh.

Ye tak ye. Pensyarah saya ada mengatakan ,"Sometimes you must dare to say NO if u really can't face it." Lebih kurang macam tu lah kata beliau. "Buat apa kita terima sahaja kalau kita sendiri terseksa. Lagi-lagi jika berkenaan masa depan kita. Cari alasan yang munasabah dan selesaikannya dengan baik,"sambung pensyarah tersebut lagi.



Monday, October 3, 2011

Jangan Kata TIDAK



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah kita diberi peluang kehidupan untuk hari yang seterusnya. Jadi, mari kita gunakan nikmat kehidupan ini dengan sebaik-baiknya.

Apakah rencana kita pada hari ini? Hah? Takkan tak ada kot. Pasti ada. Hey fikirlah sikit jangan malas sangat. Setiap hari kita perlu ada misi tersendiri. Secara umumnya ingin lebih baik daripada semalam. Tak gitu?

Cuba bayangkan bermula hari ini kita ada satu tanggungjawab yang tak pernah kita pikul sebelum ni. Mengepalai satu pasukan, mendapatkan tender syarikat dan sebagainya.

"Camne ni...Aku tak pernah buat benda ni. Habislah aku kena hamun nanti," hati mula mengeluh. Fikiran menjadi serabut. Saat ini rasionalistik menurun mendadak.

Bertenang.

Tarik nafas dalam-dalam.

Yakin kita mampu menyelesaikan tanggungjawab dengan sempurna bergantung usaha kita. InsyaAllah.

Jangan lupa, kita tidak akan ditimpakan sesuatu yang tak mampu kita hadapi. USAHA is number one. Then, followed by TAWAKAL.

Jangan kata tidak sedangkan kita belum mencuba.

Jangan kata tidak sedangkan telah ramai yang melepasinya.

Jangan kata tidak sedangkan Allah telah mengurniakan kita dengan upaya.

Mungkin pada akhirnya nanti apa yang berlaku tak seperti yang diharapkan. Jangan terlalu kecewa. Keputusan menjadi tidak begitu penting jika usaha yang dilakukan bertepatan dengan matlamat. Mungkin itu merupakan satu pengalaman dan proses pembelajaran. Mungkin juga kita dapat terhindar daripada rasa takbur.

Hidup ini menyeronokkan dengan adanya cabaran. Jangan salahkan cabaran; salahkan diri sendiri yang mudah putus asa sebelum manyahut cabaran. Bagaikan mati sebelum ajal.

Ayuh, sambutlah cabaran dengan usaha yang wajar dan jangan berkata TIDAK sebelum melakukan!


Wednesday, August 24, 2011

Lupa Sebagai Satu Nikmat

Manusia memang secara umumnya mempunyai sikap lupa. Manusia digelar insan dan insan terbit daripada kata nasiya yang bermaksud lupa. Jadi, memang wajarlah manusia itu seringkali lupa dan alpa tentang sesuatu perkara. Ini berbeza dengan penyakit alzheimer, nyanyuk atau hilang ingatan yang dialami oleh segelintir individu ye. Ini memang fitrah semula jadi manusia.

Lupa seringkali dipandang negatif. Seboleh mungkin manusia mahu saja mengelakkan dan menghapuskan terus sikap lupa ini. Mana mungkin ianya terjadi. Juga, sebenarnya tak patut dan suatu yang merugikan jika tiada ciri-ciri lupa dalam diri manusia. Lupa memang sesuatu kelemahan tetapi ianya memang patut ada dalam diri manusia.

Kenapa?

Hah, kita selalu sahaja memandang kelemahan sebagai perkara yang negatif. Sedangkan Allah lebih mengetahui apa-apa sahaja di luar jangkauan fikiran manusia. Pasti ada sebabnya. Dan manusia hanya diberi sedikit sahaja pengetahuan tentang rahsia alam ini.

Manusia perlu lupa akan kenangan pahit yang menimpa dirinya, manusia perlu lupa supaya tidak mengungkit-ungkit perkara yang lalu, manusia perlu lupa untuk menunjukkan Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Cuba bayangkan kita tidak dapat melupakan kenangan pahit dalam hidup ini. Terus-terusan kita akan rasa sedih, bersalah dan kacau bilau dibuatnya. Jadi seiring dengan waktu, segala kenangan pahit akan sedikit demi sedikit lupus daripada ingatan ataupun hanya tinggal kenangan yang tidak mengganggu gugat jiwa seseorang itu lagi. Kan satu kelebihan tu kita dikurniakan sikap lupa.

Pertengkaran semalam atau mungkin kebaikan yang telah diberikan terhadap orang lain tidak lagi dapat diungkit-ungkit kerana ianya sudah dilupakan. Jiwa lebih tenang dan perhubungan sesama insan kembali akrab selepas pertengkaran yang berlaku semalam hilang dalam ingatan. Pertolongan yang diberikan terhadap rakan tidak lagi diungkit-ungkit dan hati menjadi lebih ikhlas membantu sesama insan. Tu dia satu lagi kelebihan. Betul kan? Betul ke tidak? Betul...

Allah sahaja yang terkecuali daripadi sikap lupa. Manusia yang lemah memang perlu kepada sikap ini. Allah mengampunkan manusia yang melakukan kesalahan dalam keadaan tidak sedar, tidak tahu atau lupa. Tapi semuanya itu bersyarat. Faham ye? Yela kalau kita tak sedar daripada tidur hingga terlepas waktu solat, tidak tahu kerana masih tidak diajar atau lupa membayar hutang yang tidak disengajakan semuanya diampunkan oleh Allah. Begitulah kita dapat membuka mata hati jiwa kita tentang keagungan Allah s.w.t.

Hah, dapat dah? Sangka tak? Bak kata Nabil Raja Lawak..tak sangka kan..tak sangka kan..Memang tak disangka-sangkalah. Sebelum terlupa, selamat menempuh akhir Ramadhan.


Monday, August 22, 2011

Ramadhan, Sabar dan EQ


RAMADHAN. Juga dikenali sebagai Syahrul Quran, Syahrul Shiyam dan Shahrul Shabr. Bulan Ramadhan mendidik diri akan erti kesabaran. Sabar menunaikan ibadah puasa di siang hari selama lebih kurang 14 jam. Apakah kelebihan berpuasa ye?
1) Melatih diri bersikap sabar
2) Merendahkan diri merasai nasib individu yang kurang sumber makanan
3) Merehatkan sistem tubuh badan
4) Memberikan kecergasan untuk beribadah di malam hari
5) Merasai nikmat menjadi orang Islam yang berbeza ibadah puasa dengan penganut agama lain

Puasa melatih diri bersikap sabar. Sikap sabar sekali gus membantu kita menajamkan kecerdasan emosi (EQ). Sabar ialah salah satu ciri kecerdasan emosi. Lihat betapa Islam mengajar kita berbagai-bagai sikap mahmudah dengan berpuasa. Dengan berpuasalah kita dididik untuk mempunyai kecerdasan emosi yang utuh dan ampuh. Ada pepatah mengatakan, "A moment of patience at a critical time saves one from years of regret and sorrow."

Lihat betapa beruntungnya orang yang bersabar dan di dalam al-Quran ada menyebut sifat sabar membuatkan seseorang Muslim dapat mengalahkan dua hingga sepuluh orang kafir. Sifat sabar memang amat diperlukan setiap masa lebih-lebih lagi saat keadaan menjadi genting.

Secara umumnya dalam Islam konsep sabar bertepatan dengan konsep kecerdasan emosi. Manusia yang tinggi EQ perlu ada 'kemampuan menunda keinginan.' Orang yang mampu menunda keinginan sia-sia seringkali percaya ada pencapaian dan kebaikan yang lebih bererti pada masa akan datang. Justeru, mereka yang sabar merupakan individu yang sangat kuat dan mampu menempuh pelbagai cabaran.

...Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.
(Ali Imran 3: 146)

Lihat juga: IQ dan EQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...