Pages

Thursday, February 17, 2011

Setiap Orang Itu Cantik

Kecantikan hak milik setiap insan. Biasa dengar bukan? Saya juga menyokong kata-kata tersebut. Bagi saya, ada beberapa sebab kenapa saya menyokong kata-kata itu.

Kita diciptakan oleh Allah Yang Maha Pencipta, menciptakan manusia dengan penuh kecantikan. Siapa kita untuk mengatakan ciptaan Allah itu tidak cantik? Jadi, amat tidak munasabah jika kita mempersoalkan dan sering rendah diri dengan penciptaan diri kita. Jika ada mana-mana kekurangan yang tampak berbeza dengan penciptaan normal seorang manusia itu boleh diperbetulkan. Namun, jangan sampai kita mengubah bahagian yang telah sempurna tanpa cacat cela untuk kelihatan lebih sempurna di mata kita pula.

Sebenarnya cantik ini berbeza pada pandangan setiap individu. Ada yang kata ini cantik, ada yang kata itu yang cantik. Mungkin ada yang berkata Erra Fazira cantik, ada yang lain pula berkata Siti Nurhaliza pula yang  cantik. Berbeza setiap satunya mengikut pandangan manusia. Kerana manusia memang selalu melihat kecantikan dari luaran. Jadi, berlumba-lumba manusia untuk sentiasa kelihatan cantik. Tidak mengapa. Silalah mengejar kecantikan. Tak salah kalau tak parah.

Dalam menilai erti kecantikan, kita sering lupa maksud kecantikan hakiki ialah kemurnian budi pekerti. Kecantikan fizikal berkurang dengan pertambahan umur, tetapi kecantikan budi pekerti kita yang dapat tentukannya. Pilih. Kita lihat, kawan kita yang sentiasa baik budi pekertinya, sentiasa kita lihat cantik walaupun orang cakap muka macam tong sampah. Kita sentiasa tenang melihat wajahnya. Bandingkan dengan kawan yang hensem ke cantik ke, tapi selalu bersikap kurang ajar. Tengok muka dia pun rasa sakit hati. Ada rasa camni ke? ish3!!

Sebenarnya setiap orang cantik. Ya, kita semua cantik! Saya sokong kata-kata itu. Anda bagaimana? Apa alasan anda?

Hah! Ada lagi satu. Saya ada terbaca kalaulah kita ini cantik dan menjadi perhatian ramai, apakah yang kita lakukan dengan kecantikan tersebut? Suatu saat nanti semuanya akan dipersoalkan. Ingat-ingatlah ya.

Kita Cantik!! Perjuangkan Kecantikan Untuk Perkara yang Cantik!!

4 comments:

Amelia Ahmad said...

cantik itu luas maksudnya...cantik dalaman itu sgt penting..keperibadian..hati budi...insyaAllah,bila dalaman i2 cantik,akn t'serlah kecantikan luaran...ape pn smua t'ltak pd hati.....~ :)

Faizal Tauhir said...

right, amelia..mari kkita jadi cantik luar dan dalam..haha

sukacakap said...

cantik dalam cantik luar, cantik dengar sini....lalallala

Faizal Tauhir said...

sukacakap: amboih!syoknya nyanyi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...