Pages

Tuesday, December 28, 2010

Jangan Putus Asa dan Jangan Buat Orang Lain Putus Asa

~Apabila kita berada dalam keadaan pasrah, percayalah Tuhan ada di sisi kita~

Point 1:
Masalah perlu diselesaikan dengan bijak. Bersikaplah sebagai seorang gentleman. Gunakan cara yang betul. Kita sendiri yang mampu mengubah nasib diri sendiri.

Point 2:
Sesungguhnya Tuhan sentiasa mendengar. Pohonlah dipermudahkan dalam menyelesaikan masalah.

Point 3:
Tiupkan rasa optimistik pada orang lain. Ucapkan kata-pata positif supaya dapat membangkitkan semangat seseorang. Berikan bayangan dan andaian yang baik.

"Dengan usaha yang gigih, saya yakin kamu mampu melakukannya.
"Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Kamu mampu menyelesaikannya."
"Gagal tidak bermakna mati. Teruskan menikmati hidpmu. Pasti ada kejayaan yang akan kamu kecapi di masa akan datang."

Tips daripada:
Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman?, Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar

Sunday, December 26, 2010

Hati Kata Itu, Mulut Kalam Lain

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”


Menipu, tertipu, ditipu dan saling menipu. Sudah menjadi perkara biasa dan mungkin sudah menjadi trend masyarakat kini. Daripada perkara kecil sampailah yang besar ada saja penipuan. Tipu Tipu Tipu. Apa yang kita dapat dengan menipu. Tak kiralah perkara kecil ke, besar ke, dosa menipu tetap dosa besar. Kadang-kala perkara yang tidak terdesak untuk menipu pun sekali kena hantam dengan penipuan juga. Lagikan kalau terpaksa.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
"Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu ya Rasulullah. Rasulullah menjelaskan: Menyengutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya, (ada lagi) Iaitu perkataan dusta." (Muttafaq Alaih)

Bohong sunat.
Wujudkah istilah ini? Istilah memang wujud tetapi tiada hukum sunat dalam berbohong sebenarnya. Mungkin salah istilah. Mungkin juga istilah ni hanya bermain di bibir golongan penipu sahaja. Ya, memang ada ketikanya kita harus menipu. Harus ye bukan sunat. Benar, harus jika dikhuatiri bakal wujud perkara yang lebih buruk jika perkara sebenar terdedah.


Sifulan bin Sifulan ada seorang ibu yang lemah jantung. Faham-fahamlah orang lemah jantung ni bagaimana ya. Nak dijadikan cerita, suatu hari Sifulan ni terlibat dengan kemalangan. Tidak teruk, cuma patah kaki. EH!! Patah gigi. Lalu, ibunya yang tersedar dengan kekurangan gigi anaknya bertanya mengenai perkara tersebut. Sifulan pun menjawab yang dia baru sahaja mencabut giginya yang rosak di klinik. Hah! Itu harus. Dikhuatiri ibunya mendengar perkataan kemalangan saja akan tersentak luar dalam dan timbul perkara yang lebih digeruni lagi. Jadi, dalam keadaan ini harus menipu.

Walaupun ada ketika harus untuk menipu, konteks ini sangat sempit. Sangat sedikit keadaan yang dibolehkan penipuan dilakukan. Namun, ramai yang dengan sesuka hati mereka mendifinisikan boleh menipu ketika itu dan ini.
  • Tidak mengaku kesalahan kerana takut dimarahi.
  • Menipu ibu bapa tujuan keluar dari rumah kerana takut tidak dibenarkan.
  • Menyembunyikan kesalahan kerana ingin menjaga hati rakan.
  • Membuat pengakuan palsu dalam mahkamah kerana ingin terlepas demi keluarga.
  • Menipu dalam jual beli kerana kesempitan wang dan lain-lain.
Untuk kepentingan diri sendiri, nyata salah jika melakukan penipuan. Mungkin sudah menjadi perkara biasa sehari-harian sehingga diri sendiri sukar bercakap benar. Kadang-kala pula, demi menjaga hati seseorang perkara benar disembunyikan, penipuan dipilih. Jika terdedah penipuan sudah pasti ianya lebih menyakitkan daripada mengetahui perkara yang sebenar. Kesalahan asal + perasaan ditipu.

Berkata benar walaupun ianya pahit.

Ada ketika seseorang terlupa akan jemputan kenduri perkahwinan rakan. Apabila ditanya dia menjawab ada hal itu ini sana sini. Padahal jika mengaku terlupa dan meminta maaf mungkin segalanya selesai. Mungkin rakan tadi akan terkilan sekejap atau mungkin rakan tadi dapat menerima alasan tersebut. Lebih baik daripada dicop penipu. Haih! Tak cantik dilabel begitu.


Berkata dusta salah satu ciri orang munafik.

وعن عبد اللَّه بن عمرو بن العاص رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُما أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قال: <أربع من كن فيه كان منافقاً خالصاً ومن كانت فيه خصلة منهن كانت فيه خصلة من نفاق حتى يدعها: إذا اؤتمن خان، وإذا حدث كذب، وإذا عاهد غدر، وإذا خاصم فجر> مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda, "Empat macam perkara, barangsiapa dalam dirinya terdapat semua perkara itu, maka ia adalah seorang munafik tulen dan barangsiapa yang dalam dirinya terdapat salah satu daripada empat perkara tadi, maka ia telah memiliki satu macam sifat dari kemunafikan, sehingga ia meninggalkan sifat itu, iaitu: apabila ia dipercaya berkhianat, apabila berkata berdusta, apabila berjanji mengingkari, dan apabila bertengkar jahat kelakuannya." (Muttafaq ‘alaih)


Semoga kita sama-sama fikir sejenak, berapa kerap kita menipu lagi-lagi menipu tidak bertempat. Bersihkan kata-kata daripada penipuan. Mari!

~Satu penipuan boleh mewujudkan penipuan-penipuan yang seterusnya untuk menutup penipuan yang lalu.

Saturday, December 25, 2010

Go Malaysia!! AFF Suzuki Cup 2010..Semoga Berjaya Jadi Juara!!

Tiba-tiba rasa bangga pula dengan pencapaian pasukan bola sepak Malaysia melangkah ke final Suzuki Cup 2010. Semoga berjaya pasukan kebangsaan!!
Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan Safee Sali

Penyokong Menaikkan semangat pemain pasukan kebangsaan

Buat apa entah ni. Joget samba kot.

Jersey baru menyerlahkan kekuatan pasukan

AFF Suzuki Cup Official Website --> Click

Wednesday, December 15, 2010

Tidak Suka Sikapnya. Hindari Sikap Itu.

Melihat kepada kesalahan seseorang sering membuatkan kita melemparkan tanggapan negatif kepadanya. Malah mungkin juga perasaan benci terhadap pesalah terus timbul. Tidak perlu membenci seseorang disebabkan keburukan dan kesalahannya. Pandanglah secara subjektif ke atas kesalahan tersebut dan bencilah kesalahan tersebut.

“Ish, entah apa-apalah orang itu! Menjengkelkan betul.” 

Ya, sudah menjadi fitrah manusia sebenarnya benci akan kesalahan. Melainkan mereka sendiri yang bertindak menentang fitrah. Saban hari, sedar atau tidak sedar, kita sering menempelak orang lain yang melakukan kesalahan, namun… Namun, pernahkah kita sedar kita juga barangkali sering melakukan kesalahan yang sama?

Muhasabahlah diri kita. Fikirkan kalau-kalau kita juga sering atau pernah melakukan kesalahan tersebut. Kita membencinya tetapi kita biarkan kesalahan itu berada dekat dengan kita. Itu yang perlu kita elakkan. Dengan memperbaiki diri sebegini, paling tidak kita telah mencapai selemah-lemah iman. Kita membenci sesuatu serta bertindak menghindarinya demi diri kita sendiri.

Kesalahan sesama insan 

‘Hari ini hari engkau, esok hari aku’ 

Hidup umpama roda. Sering kali perumpaan ini digunakan oleh masyarakat kita. Memang ada kebenarannya. Cuba kita lihat lazimnya kesalahan yang kita lakukan terhadap orang lain acap kali berlaku kepada kita pula. Ada kalanya kita suka merendah-rendahkan orang lain, kelak kita pula yang direndah-rendahkan oleh rakan-rakan.

Sikap kurang sopan terhadap ibu bapa selalu dikaitkan dengan keadaan timbal balik ini. Apatah lagi memang kita diingatkan bahawa dosa terhadap ibu bapa akan terbalas di dunia lagi. Mungkin semasa hayat kedua ibu bapa dan mungkin selepas hayat mereka. Sebagai contoh, kita tanpa rasa bersalah menengking ibu kita dan suatu saat nanti, tika kita sudah memiliki cahaya mata sendiri, kita pula yang menerima tengkingan. Sekadar contoh ya saudara-saudari sekalian, tiada kena mengena antara yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. :D

Seperti mana kita, seperti itu yang datang 

Kita boleh berkawan dengan semua orang, namun kawan karib kita tetap bayangan bagi diri kita.

Mana-mana kita pergi pun pasti kita akan mencari teman yang sekepala dengan kita. Cuba perhatikan bagaimana sikap rakan-rakan yang sebulu dengan kita; yang sentiasa menghabiskan masa dengan kita. Sebahagian besar sikapnya dikongsi bersama oleh kita. Mat Rock berkawan rapat dengan Mat Skema. Tidak boleh jadi. Yang boleh jadi ialah Mat Skema Hilang Rock berkawan dengan Mat Skema Tulen. Hah?

Dalam soal jodoh pula, kita boleh idamkan apa sahaja ciri-ciri pasangan yang kita berkenan. Namun, cermin diri sendiri terlebih dahulu. Adakah kita sudah memiliki ciri-ciri seperti mana ciri-ciri pasangan yang kita idamkan? Atau seperti mana kita, itulah jua yang datang.

Tegurlah jika yakin mendatangkan kebaikan 

Marah itu tanda sayang. Yeah, betul. Nampak? Marah yang dimaksudkan boleh didefinisikan sebagai teguran sebenarnya. Kita patut menegur jika mampu berbuat demikian. Golongan sasaran yang paling mudah ditegur ialah adik-beradik kita yang lebih muda dan juga anak-anak serta cucu-cucu. (Kepada sesiapa yang ada cucu lah ya. ;p) Sebentar tadi, kita sudah berjaya menghindari sikap jengkel tersebut. Jadi, lebih baik lagi apabila kita cuba membantu orang lain menghindari sikap tersebut.

“Engkau pun sama. Nak cakap orang lain.” 

Oh, tidak. Kita tidak akan pernah mendengar kata-kata itu lagi. Bukankah kita sudah berjaya menghindari sikap buruk tersebut terlebih dahulu? Dan kini, lebih mudah untuk seseorang menerima nasihat dan teguran daripada kita. Selepas golongan sasaran pertama berjaya menerima nasihat yang diberikan, bolehlah kita teruskan dengan golongan sasaran seterusnya seperti rakan-rakan karib yang mengenali kita. Jika ianya berterusan daripada seseorang kepada seseorang , pasti komuniti masyarakat pada masa akan datang dapat terbina atas konsep toleransi dan budaya saling mengambil berat serta nasihat menasihati antara satu sama lain. Natijahnya, makmurlah negeri, damailah negara. ;)

Sunday, December 12, 2010

Graduan 'ulat buku' tak ke mana

PENERUS KESINAMBUNGAN...mahasiswa di menara gading bukan saja
perlu mempunyai kecemerlangan
akademik malah kualiti modal insan.

Graduan ulat buku lazimnya sentiasa skor dan perform pada setiap semester. Mereka memang bijak dalam akademik tetapi apalah gunanya jika lemah kemahiran insaniah. Kecemerlangan akademik juga belum menjamin graduan universiti dapat pula menyumbangkan hasil-hasil kerja yang berkualiti dalam sektor pekerjaan. Sebaiknya, mahasiswa perlu menyeimbangkan aspek kemahiran insaniah dan juga akademik dalam kehidupan seharian mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tiba masanya mahasiswa menukar minda bahawa kecemerlangan akademik dan penganugerahan ijazah bukan asas kecemerlangan, sebaliknya perlu meningkatkan nilai kemahiran serta modal insan.

Menjelang 2012, sistem pendidikan negara akan beralih memasuki fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara merangkumi tujuh teras utama:
  •  Meluaskan akses dan meningkatkan kualiti tinggi.
  •  Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran.
  •  Memperteguhkan penyelidikan dan inovasi.
  •  Memperkasa institusi pengajian tinggi.
  •  Mempergiatkan pengantarabangsaan.
  •  Membudayakan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
  •  Mengukuhkan sistem penyampaian kementerian pengajian tinggi
Jadi, apa yang perlu kita buat? Enjoy? Tidak! Marilah sama-sama kita menyahut seruan kerajaan apatah lagi perkara yang dapat menyumbangkan kepada kecemerlangan insaniah, masyarakat dan negara kita.

Sumber: myMetro

Monday, December 6, 2010

Dendangan Nasyid Maal Hijrah

Assalamualaikum w.b.t.
Salam maal hijrah diucapkan kepada semua rakan-rakan. Masuk tahun baru ni seronok pula dengar lagu-lagu nasyid maal hijrah. Mari kita dengar sama-sama. Pilihlah nak dengar mana satu dulu. Pilih-pilih, semua free je. Kuasa di tangan anda.









Hah! Amacam, kawan-kawan? Seronok kan dengar lagu maal hijrah? Bukan apa, lagu-lagu tu mengingatkan kita kisah Nabi Muhammad s.a.w berhijrah dari Mekah ke kota Madinah. Dari situlah bermulanya detik perhitungan tahun hijrah. Bagi kita pula, baiklah untuk kita berhijrah dari segi sikap, perangai, attitude, dan apa-apa jela yang sewaktu dengannya. Yang penting hijrah tersebut hendaklah ke arah kebaikan. Jangan ke arah keburukan pula ya. Itu satu musibah tu.

Di kesempatan ini, mari sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda. Akhir kata, sekali lagi diucapkan selamat menyambut maal hijrah. Semoga tahun hijrah yang lepas-lepas membekalkan kita cukup pengajaran demi membina jati diri yang lebih cemerlang pada tahun hijrah ini, tahun 1432h. BarakAllahu 'alaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...