Pages

Friday, November 12, 2010

Langkah Seorang Insan

Waktu terus berputar. Di kala ku masih menanti sesuatu. Mengapa perasaan ini muncul dan membebaniku. Kerisauan dari detik demi detik. Kebimbangan atas perjalanan ini. Langkah yang kurasakan begitu lemah. Kemanakah langkahku? Ini yang pertama kalinya, buat pertama kalinya aku sendiri tidak mengerti dan kabur akan langkah kakiku. Adakah benar langkahan ini tepat menyusuri jalan-jalan yang telah kulalui. Begitu banyak simpang yang telah kulalui. Sehingga kulalui jalan yang indah ini. Dikelilingi gunung-ganang, tumbuhan menghijau dan bunga-bunga yang harum semerbak kasturi. Tidak kelihatan tempat indah ini pada hari-hari yang sebelumnya. Pesonanya membuatkan aku terhenti seketika. Tersentakku lalu tersedar. Adakah diriku yang hina ini diizinkan untuk memasukinya. Jika benar keizinan itu bersamaku menyusuri jalan ini, dalam kawasan indah ini, kuharap perjalananku tidak meninggalkan sisa kotoran dan kerosakan kepadanya.

Siapa aku sekarang dan siapa aku dahulu kini berbeza. Adakah aku yang tidak dapat menerima perubahan. Namun, adakah perubahan ini membawa kesudahan yang baik untukku dan segala kaitannya? Huh! Aku akan terus menjadi aku. Perubahan apa pun yang berlaku umpama tangan yang terpikul pada bahu. Kadang-kala lurus, kadang-kala pula bengkok. Hanya suatu kelaziman. Namun jika tangan ini terpisah, diri terasa lemah. Jika kaku lumpuh pula, hanya terpaku kaku.

Kau boleh!!!,” hatiku berteriak mengejutkanku daripada kelesuan. Membuka mataku memandang ke hadapan. Lalu jiwa ini menghadap langit dan memohon, “Ya, Allah. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya Engkau sahaja yang mengetahui apa yang zahir dan apa yang tersembunyi. Tunjukkanlah aku ke jalan redha-Mu. Jalan barakah-Mu. Sesungguhnya aku hanya hamba-Mu yang lemah dan tidak mengetahui segala sesuatu melainkan atas izin-Mu ya Allah. Amin.”

4 comments:

Izyanti said...

Kan aku cakap kena yakin boleh, yeahhh ! :)

Faizal Tauhir said...

haha!tula nak dapatkan keyakinan tu kdg2 susah plak..

Unknown said...

nk nyanyi ckit...

'jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan'

huhu

Faizal Tauhir said...

uish..siap nyanyi lg..bagus2 lagu penaik smgt tuh..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...