Pernah suatu ketika dahulu, pada zaman Rasulullah s.a.w, seorang sahabat baginda sanggup memberikan air kepada sahabat yang lain walaupun beliau sangat kehausan. Kisah ini berlaku dalam satu peperangan, tidak pasti peperangan apa tetapi bolehlah sama-sama kita hayati kisah ini. Pada ketika itu, seorang tentera Islam ini luka dalam peperangan tersebut. Beliau cuba mencari air kerana sangat keletihan dan dahaga. Dengan izin Allah, air dapat ditemui. Di saat beliau ingin meneguk air tersebut, terdengar suara sahabat lain yang mengerang meminta air. Bunyinya seperti sangat kehausan. Bayangkan saat ketika dahaga yang teramat bagaimana rasanya bila kita mendapat air. Tetapi sahabat yang pertama tadi dengan penuh rasa kasih sayangnya sanggup memberikan air kepada sahabat yang kedua tadi. Sugguh mengharukan. Beliau berasa mungkin sahabatnya itu lebih memerlukan air daripadanya. Setiba sahaja kepada sahabat yang kedua, terdengar pula seorang sahabat lain yang meraung meminta air. Sahabat yang kedua tadi dengan murah hatinya berkata, "Kau pergilah kepadanya. Mungkin dia lebih memerlukan."
Sungguh mengharukan bukan? Itu dalam suasana perang. Kita yang hidup penuh dengan kemewahan ini mengapa tidak boleh mengambil sejenak pun untuk mengingati nasib saudara-saudara kita yang lain. Malah masih ada yang mengeluh bila tiba bulan Ramadhan. Sepatutnya kita sedar bahawa Islam sangat menitik-beratkan nilai kasih-sayang sesama insan. Apalah sangat jika dibandingkan sebulan berpuasa dengan bertahun-tahun mereka yang terpaksa berpuasa kerana ketiadaan sumber makanan. Itu pun sudah tetap waktu bersahur dan berbuka.
Hah!! Itu dia panjang lebar intro. Mari kita bincang lagi berkenaan pengalaman. Entri kali ni merupakan kesinambungan bagi entri "Kuperlu pengalaman itu." "Fikir-fikirkan semula." Jika entri sebelum ni kita bincangkan perkara sebelum melalui sesuatu pengalaman, kali ini kita bincang mengenai perkara selepas melalui suatu pengalaman pula. Daripada yang kita dapat tahu sebelum ini, sebelum berpengalaman, kita perlu kutip ilmu mengenai pengalaman tersebut. Kerana apa? Supaya kita ada guideline dalam mengharungi pengalaman tersebut. Jadi apa pula yang akan kita rumuskan selepas ini? Mari teruskan membaca. Harap masih sanggup lagi membaca ya. huhu!
"Pengalaman merupakan guru terbaik."
Jom jom kita singkap makna di sebalik kata-kata hikmat tersebut. Bagaimana kita jadikan pengalaman merupakan guru terbaik? Apakah cukup pengalaman sebagai pendidik ke arah masa depan yang lebih baik? InsyaAllah ianya boleh menjadi kenyataan. Bukan setakat guru sahaja, malah mungkin menjadi teman sepanjang hidup kita.
Kita selalu mengeluh kenapa dan mengapa kita ditimpa suatu musibah. Allah turunkan hujan. Kita mengeluh. Namun hakikatnya kita akan dapat pelangi yang indah. Sebenarnya kita tidak perlu tahu kenapa suatu musibah itu berlaku. Berhentilah mempersoalkan suatu peristiwa. Dalam al-Quran, surah al-Insyirah ada menyebut yang bermaksud "Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu suatu kesenangan."(ayat 5) dan diulang lagi ayat yang sama, menegaskan "Sesungguhnya di samping kesulitan itu ada kesenangan."(ayat 6) Dan ingatlah tidakkah kita sedar kesulitan itu berpunca daripada tangan kita sendiri? Kitalah penyebabya. Atau mungkin kita sendiri memandang sesuatu perkara itu sebagai musibah.
Pengalaman merupakan guru terbaik. Ya, totally right if u know the secret. Kenapa kita diminta memandang seluruh alam dan berfikir? Supaya kita dapat menyingkap rahsia kejadian alam ini bukan? Jadi, bagaimana dengan pengalaman? Pandanglah pengalaman sebagai pedoman dan fikirlah serta renungkan dengan ilmu. Jangan mengulang pengalaman pahit untuk kali yang seterusnya. Pandanglah pengalaman dengan ilmu.
Kita gagal dalm peperiksaan. Kunci ilmu ialah belajar. Namun disamping itu kita perlu tahu kesihatan juga penting. Bagaimana pula dengan persediaan mental? Bagaimana pula dengan tanggungjawab kita sebagai anak, pelajar dan seorang muslim? Jadi, masih banyak lagi perlu kita singkap daripada pengalaman lepas yang sedikit sebanyak turut menyumbang kepada permasalahan ini.
Ada yang mengatakan, "Itu perkara yang lepas. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Dulu aku silap kerana kurang pengetahuan." Namun hari demi hari, kesalahan yang sama tetap dilakukan. Sebab apa? Sebab pengalaman yang sama mungkin menyerang dalam keadaan yang lain. Dan akhirnya, kesalahan yang sama berlaku.
Jadi, bagaimana semua ini dapat dielakkan? Singkaplah dan renung-renungkanlah. Sebelum itu, pastikan semuanya merupakan jalan ke arah kebenaran. Sebelum mengalami ssesuatu, kita perlu ada ilmu; selepas mengalami sesuatu, pandanglah dengan ilmu. Sekian.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, di mana kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagimana kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya. (Dua perkara tersebut ialah) Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnahku."
Al-Quran sumber ilmu utama dan dikuatkan oleh hadith.
1 comment:
learn from the experiences although the experiences is hard to follow...
Post a Comment