Pages

Saturday, August 28, 2010

"Kuperlu pengalaman itu." "Fikir-fikirkan semula."

Assalamualaikum..
Hai, kawan2.... Janganlah buat muka letih sangat bulan puasa ni. Kalau letih pun buat2 cool jelah.. Steady derr.. Bagaimana dengan pengalaman puasa tahun ni? Harap puasa tahun ni memberikan sejuta satu makna yang dapat disingkap. Semoga kita dapat meneruskan ibadah puasa sebaik-baiknya dalam bulan Ramadhan ini. Ingat, malam Lailatul Qadar berlaku dalam bulan Ramadhan ni. Melalui apa yang selalu kita dengari, malam Lailatul Qadar ni berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan dan pada bilangan hari yang ganjil. Ada juga mengatakan mungkin berlaku pada mana-mana malam sahaja dalam bulan Ramadhan. Jadi, cubalah kita mengejar keistimewaan itu walaupun kita rasa ianya terlalu sukar untuk dicapai dengan iman yang sebesar zarah ini. Wah! Kerdilnya diriku di hadapan-Mu.

Berbalik kepada entri kali ni, mari kita bincangkan mengenai pengalaman.

"Pengalaman mengajar erti kehidupan."
"Pengalaman ialah guru terbaik dalam hidup."
"Dengan pengalaman, kita menjadi lebih dewasa."


Siapa setuju angkat lutut!! Hah, setuju atau tidak semuanya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana mahu menilainya. For me, adakalanya kata-kata itu sesuai. Ada kalanya ianya tidak. Kita kena ingat dunia ni penuh dengan seribu warna dan berjuta ragam kehidupan. Setiap kata-kata manusia, atau mungkin peraturan atau kata-kata nasihat itu bukanlah menyeluruh seperti ayat al-Quran yang syumul. Ada benda yang kita boleh bermain dengan pengalaman dan ada yang tidak perlu.

Kenapa tidak perlu?
Kerana melalui pengalaman insan-insan terdahulu sebelum kita, kita dapat ambil tauladan dan pedoman. Bukankah selalu kita dengar, "Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan?" Jadi, yang baik berlu kita praktikkan manakala yang buruk perlu dielakkan. Itulah gunanya ilmu. Sebagai contoh, apa yang kita belajar di sekolah atau institusi-institusi pendidikan lain itu sebahagiannya bersumberkan pengalaman-pengalaman masyarakat terdahulu( Sejarah e.t.c ). Okay sekarang kita bayangkan, kita sudah tahu apa punca sesebuah negara itu dijajah/lemah pmerintahannya melalui mata pelajaran Sejarah itu. Maka, perlukah lagi kita mencuba sendiri sesuatu jalan itu demi pengalaman? Rata-rata manusia tidak akan mencubanya tapi masih segelintirnya, ya.

"Jangan sesekali kau jejak disco, pub dan rumah-rumah syaitan yang lain. Mati kau kat situ, matilah kau dalam keadaan yang memalukan," tegas seorang ustaz sekolah rendah suatu ketika dulu. Ayat yang biasa digunakan.
Tapi apa yang kita lihat sekarang? Masih ramai anak-anak muda yang menjadi pelawat tetap disco walaupun sudah tahu kemungkinan diberkas jabatan agama, terjebak dengan gejala maksiat dan macam-macam lagi.

"Relax la, bhai. Muda-muda enjoy dulu. Nanti dah tua takde dah nak dapat pengalaman camni"
"Hey, bro. Lu ingat wa rock-rock camni wa takde masa depan ke?"


Segelintir mereka tinggi tahap pendidikannya. Tapi sebab inginkan pengalaman yang luar biasa katanya, dia sanggup simpan dalam alamari je pendidikan tu.

Apa yang perlu kita tekankan kat sini, buat apa pengalaman bila ada ilmu yang lebih tinggi nilainya. Ada masa pengalaman setanding ilmu, adakalanya tidak. Jadi, carilah ilmu yang berkaitan banyak-banyak atau lihatlah pengalaman orang sekeliling dahulu sebelum kita mendapat pengalaman yang tidak diingini. Sesal tak sudah nanti. Sesal yang mungkin menghantui setiap hari-hari yang mendatang.
Sekian, wassalam. Salam Ramadhan.

"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh."-Imam Syafie-

~Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Amal tanpa ilmu ibarat tikus membaiki labu~


Hidup ini satu perjalanan yang jauh, berbekalkan pengalaman dan pengetahuan.

2 comments:

Izyanti said...

aku setuju, so kena angkat lutut la ni ?
cannot cannot. HAHA !

Faizal Tauhir said...

angkatlah..buat gaya ala2 tomoi skit..klu xtau bleh suh qamarul ajar..hebat die 2 tomoi..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...