Pages

Sunday, August 29, 2010

Mungkinkah pengalaman itu guru yang terbaik?

Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan. Wah, TENANG sungguh pagi ni. GEMBIRA pula perut kenyang lepas bersahur. Nikmat sungguh rasanya. Namun dalam kita menikmati juadah sahur, masih ramai lagi saudara-saudara kita yang tidak mendapat nikmat tersebut. Inilah kemuliaan bulan Ramadhan, bulan yang mengajar kita mengenang nasib saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik.

Pernah suatu ketika dahulu, pada zaman Rasulullah s.a.w, seorang sahabat baginda sanggup memberikan air kepada sahabat yang lain walaupun beliau sangat kehausan. Kisah ini berlaku dalam satu peperangan, tidak pasti peperangan apa tetapi bolehlah sama-sama kita hayati kisah ini. Pada ketika itu, seorang tentera Islam ini luka dalam peperangan tersebut. Beliau cuba mencari air kerana sangat keletihan dan dahaga. Dengan izin Allah, air dapat ditemui. Di saat beliau ingin meneguk air tersebut, terdengar suara sahabat lain yang mengerang meminta air. Bunyinya seperti sangat kehausan. Bayangkan saat ketika dahaga yang teramat bagaimana rasanya bila kita mendapat air. Tetapi sahabat yang pertama tadi dengan penuh rasa kasih sayangnya sanggup memberikan air kepada sahabat yang kedua tadi. Sugguh mengharukan. Beliau berasa mungkin sahabatnya itu lebih memerlukan air daripadanya. Setiba sahaja kepada sahabat yang kedua, terdengar pula seorang sahabat lain yang meraung meminta air. Sahabat yang kedua tadi dengan murah hatinya berkata, "Kau pergilah kepadanya. Mungkin dia lebih memerlukan."

Sungguh mengharukan bukan? Itu dalam suasana perang. Kita yang hidup penuh dengan kemewahan ini mengapa tidak boleh mengambil sejenak pun untuk mengingati nasib saudara-saudara kita yang lain. Malah masih ada yang mengeluh bila tiba bulan Ramadhan. Sepatutnya kita sedar bahawa Islam sangat menitik-beratkan nilai kasih-sayang sesama insan. Apalah sangat jika dibandingkan sebulan berpuasa dengan bertahun-tahun mereka yang terpaksa berpuasa kerana ketiadaan sumber makanan. Itu pun sudah tetap waktu bersahur dan berbuka.

Hah!! Itu dia panjang lebar intro. Mari kita bincang lagi berkenaan pengalaman. Entri kali ni merupakan kesinambungan bagi entri "Kuperlu pengalaman itu." "Fikir-fikirkan semula." Jika entri sebelum ni kita bincangkan perkara sebelum melalui sesuatu pengalaman, kali ini kita bincang mengenai perkara selepas melalui suatu pengalaman pula. Daripada yang kita dapat tahu sebelum ini, sebelum berpengalaman, kita perlu kutip ilmu mengenai pengalaman tersebut. Kerana apa? Supaya kita ada guideline dalam mengharungi pengalaman tersebut. Jadi apa pula yang akan kita rumuskan selepas ini? Mari teruskan membaca. Harap masih sanggup lagi membaca ya. huhu!

"Pengalaman merupakan guru terbaik."

Jom jom kita singkap makna di sebalik kata-kata hikmat tersebut. Bagaimana kita jadikan pengalaman merupakan guru terbaik? Apakah cukup pengalaman sebagai pendidik ke arah masa depan yang lebih baik? InsyaAllah ianya boleh menjadi kenyataan. Bukan setakat guru sahaja, malah mungkin menjadi teman sepanjang hidup kita.

Kita selalu mengeluh kenapa dan mengapa kita ditimpa suatu musibah. Allah turunkan hujan. Kita mengeluh. Namun hakikatnya kita akan dapat pelangi yang indah. Sebenarnya kita tidak perlu tahu kenapa suatu musibah itu berlaku. Berhentilah mempersoalkan suatu peristiwa. Dalam al-Quran, surah al-Insyirah ada menyebut yang bermaksud "Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu suatu kesenangan."(ayat 5) dan diulang lagi ayat yang sama, menegaskan "Sesungguhnya di samping kesulitan itu ada kesenangan."(ayat 6) Dan ingatlah tidakkah kita sedar kesulitan itu berpunca daripada tangan kita sendiri? Kitalah penyebabya. Atau mungkin kita sendiri memandang sesuatu perkara itu sebagai musibah.

Pengalaman merupakan guru terbaik. Ya, totally right if u know the secret. Kenapa kita diminta memandang seluruh alam dan berfikir? Supaya kita dapat menyingkap rahsia kejadian alam ini bukan? Jadi, bagaimana dengan pengalaman? Pandanglah pengalaman sebagai pedoman dan fikirlah serta renungkan dengan ilmu. Jangan mengulang pengalaman pahit untuk kali yang seterusnya. Pandanglah pengalaman dengan ilmu.


Kita gagal dalm peperiksaan. Kunci ilmu ialah belajar. Namun disamping itu kita perlu tahu kesihatan juga penting. Bagaimana pula dengan persediaan mental? Bagaimana pula dengan tanggungjawab kita sebagai anak, pelajar dan seorang muslim? Jadi, masih banyak lagi perlu kita singkap daripada pengalaman lepas yang sedikit sebanyak turut menyumbang kepada permasalahan ini.

Ada yang mengatakan, "Itu perkara yang lepas. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Dulu aku silap kerana kurang pengetahuan." Namun hari demi hari, kesalahan yang sama tetap dilakukan. Sebab apa? Sebab pengalaman yang sama mungkin menyerang dalam keadaan yang lain. Dan akhirnya, kesalahan yang sama berlaku.

Jadi, bagaimana semua ini dapat dielakkan? Singkaplah dan renung-renungkanlah. Sebelum itu, pastikan semuanya merupakan jalan ke arah kebenaran. Sebelum mengalami ssesuatu, kita perlu ada ilmu; selepas mengalami sesuatu, pandanglah dengan ilmu. Sekian.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, di mana kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagimana kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya. (Dua perkara tersebut ialah) Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnahku."

Al-Quran sumber ilmu utama dan dikuatkan oleh hadith.

Saturday, August 28, 2010

"Kuperlu pengalaman itu." "Fikir-fikirkan semula."

Assalamualaikum..
Hai, kawan2.... Janganlah buat muka letih sangat bulan puasa ni. Kalau letih pun buat2 cool jelah.. Steady derr.. Bagaimana dengan pengalaman puasa tahun ni? Harap puasa tahun ni memberikan sejuta satu makna yang dapat disingkap. Semoga kita dapat meneruskan ibadah puasa sebaik-baiknya dalam bulan Ramadhan ini. Ingat, malam Lailatul Qadar berlaku dalam bulan Ramadhan ni. Melalui apa yang selalu kita dengari, malam Lailatul Qadar ni berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan dan pada bilangan hari yang ganjil. Ada juga mengatakan mungkin berlaku pada mana-mana malam sahaja dalam bulan Ramadhan. Jadi, cubalah kita mengejar keistimewaan itu walaupun kita rasa ianya terlalu sukar untuk dicapai dengan iman yang sebesar zarah ini. Wah! Kerdilnya diriku di hadapan-Mu.

Berbalik kepada entri kali ni, mari kita bincangkan mengenai pengalaman.

"Pengalaman mengajar erti kehidupan."
"Pengalaman ialah guru terbaik dalam hidup."
"Dengan pengalaman, kita menjadi lebih dewasa."


Siapa setuju angkat lutut!! Hah, setuju atau tidak semuanya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana mahu menilainya. For me, adakalanya kata-kata itu sesuai. Ada kalanya ianya tidak. Kita kena ingat dunia ni penuh dengan seribu warna dan berjuta ragam kehidupan. Setiap kata-kata manusia, atau mungkin peraturan atau kata-kata nasihat itu bukanlah menyeluruh seperti ayat al-Quran yang syumul. Ada benda yang kita boleh bermain dengan pengalaman dan ada yang tidak perlu.

Kenapa tidak perlu?
Kerana melalui pengalaman insan-insan terdahulu sebelum kita, kita dapat ambil tauladan dan pedoman. Bukankah selalu kita dengar, "Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan?" Jadi, yang baik berlu kita praktikkan manakala yang buruk perlu dielakkan. Itulah gunanya ilmu. Sebagai contoh, apa yang kita belajar di sekolah atau institusi-institusi pendidikan lain itu sebahagiannya bersumberkan pengalaman-pengalaman masyarakat terdahulu( Sejarah e.t.c ). Okay sekarang kita bayangkan, kita sudah tahu apa punca sesebuah negara itu dijajah/lemah pmerintahannya melalui mata pelajaran Sejarah itu. Maka, perlukah lagi kita mencuba sendiri sesuatu jalan itu demi pengalaman? Rata-rata manusia tidak akan mencubanya tapi masih segelintirnya, ya.

"Jangan sesekali kau jejak disco, pub dan rumah-rumah syaitan yang lain. Mati kau kat situ, matilah kau dalam keadaan yang memalukan," tegas seorang ustaz sekolah rendah suatu ketika dulu. Ayat yang biasa digunakan.
Tapi apa yang kita lihat sekarang? Masih ramai anak-anak muda yang menjadi pelawat tetap disco walaupun sudah tahu kemungkinan diberkas jabatan agama, terjebak dengan gejala maksiat dan macam-macam lagi.

"Relax la, bhai. Muda-muda enjoy dulu. Nanti dah tua takde dah nak dapat pengalaman camni"
"Hey, bro. Lu ingat wa rock-rock camni wa takde masa depan ke?"


Segelintir mereka tinggi tahap pendidikannya. Tapi sebab inginkan pengalaman yang luar biasa katanya, dia sanggup simpan dalam alamari je pendidikan tu.

Apa yang perlu kita tekankan kat sini, buat apa pengalaman bila ada ilmu yang lebih tinggi nilainya. Ada masa pengalaman setanding ilmu, adakalanya tidak. Jadi, carilah ilmu yang berkaitan banyak-banyak atau lihatlah pengalaman orang sekeliling dahulu sebelum kita mendapat pengalaman yang tidak diingini. Sesal tak sudah nanti. Sesal yang mungkin menghantui setiap hari-hari yang mendatang.
Sekian, wassalam. Salam Ramadhan.

"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh."-Imam Syafie-

~Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Amal tanpa ilmu ibarat tikus membaiki labu~


Hidup ini satu perjalanan yang jauh, berbekalkan pengalaman dan pengetahuan.

Friday, August 27, 2010

MERDEKA itu apa?

Assalamualaikum..
Semoga berbahagia kepada sahabat2 sekalian dan sentiasa di bawah redha Ilahi.

Awan tebal menerjah langit,
Kala hujan menujah Bumi,
Hadir hanya beberapa minit,
Sekadar melakar lintasan di hati.

Pergh!! Mencarut apa entah. Maaf jika membuat para pelawat merangkap sahabat2 rahimakum Allah tertanya-tanya akan kewarasan penulis bloq ini. haha! Masih waras  lagi. Cuma nak playback balik apa yang didengari dalam khutbah Jumaat tadi. Khutbah tersebut berkisar berkenaan merdeka. Tema yang sesuai lagi2 tak lama lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Alhamdulillah kita masih lagi dapat hidup dalam negara yang aman damai.

MERDEKA!(laung 7X sebelum teruskan membaca)

Mari kita singkap apa itu makna merdeka. Merdeka ialah kebebasan dari belenggu penjajahan kuasa luar.
Itu makna merdeka dalam skop yang umum ataupun yang luas. Cuba kita fokuskan makna merdeka terhadap diri sendiri. Cubalah.. Pasti seribu macam makna yang dapat disingkapkan. Merdeka bagi diri kita sendiri ialah bebas dari belenggu hawa nafsu di samping kematangan fikiran berdasarkan hati yang bebas(bersih).

Jadi, bagaimana kita hendak merdekakan hati kita sendiri? Adakah kita benar-benar merdeka dengan hanya bebas berjalan dalam tanah air sendiri tetapi tidak bebas menyelinap masuk mengawal hati kita sendiri? Maka, hawa nafsulah musuh utama negara "Hati" kita. Apatah lagi ketika ini, pada bulan Ramadhan, operator nafsu(Iblis, jin, syaitan) sume dirantai . Segeralah mengambil masa dalam saki-baki Ramadhan ini untuk merampas takhta kerajaan "Hati," kerajaan milik kita sendiri. InsyaAllah.

Begitulah sedikit rumusan daripada khutbah Jumaat yang dapat dikongsi bersama.
Khususnya peringatan ini demi hatiku yang banyak debu2 dosa. Akhir kata, mana yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Sekian, wassalam.

Tuesday, August 10, 2010

Puasa dah dekat..apa macam, kawan? Dah ready?

Assalamualaikum..
Lama tak menaip dan 'mengepos' di blog ini. Rasa teruja pula bila jari-jemari masih lagi lancar menekan satu persatu butang papan kekunci. Seperti kerani profesional lagaknya. Sempena bulan Ramadhan ni, cuma nak ucap selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan mulia, bulan penuh barakah. Di dalamnya terdapat malam umpama seribu bulan. Sama-sama kita hayati bulan Ramadhan ini ya.

Wah! Indahnya setiap malam diisikan dengan solat tarawih(moreh best ni pas solat),bacaan surah al-Quran di waktu subuh dan lain-lain. Tak kurang juga seronoknya nikmat berbuka puasa. Memang rasa nikmat menjamah makanan bersama keluarga tersayang. Tapi, bagi yang tak dapat pulang berpuasa bersama keluarga janganlah sedih sangat. Ada saudara-saudara kita mungkin tak pernah berpeluang merasai nikmat tersebut bersama keluarga. Saat inilah kita perlu fikir-fikir kembali dan mensyukuri nikmat kurniaan Allah s.w.t. itu..

Apa yang perlu direnungi, pada bulan Ramadhan ni syaitan dibelenggu. Jadi, apa lagi.. Inilah peluang kita tuk memperbaiki diri tanpa godaan penuh tipu daya syaitan. Saudara dan saudari sekalian mesti mempunyai target tersendiri dalam bulan Ramadhan ini. Hah! Mari sama-sama kita capai target kita. Okey, selamat berpuasa semua.. Barakallahu alaikum..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...