Pertamanya, guru tersebut telah memberi amaran bahawa pelajar-pelajar terbabit akan dikenakan tindakan sekiranya tidak mematuhi etika sahsiah diri. Sah-sah lagi yang pelajar-pelajar terbabit sengaja mengabaikan peraturan sekolah.
Kedua, kalau kita lihat bukannya terlalu melampau jika guru tersebut hanya menggunting bahagian hadapan rambut yang melepasi had dahi itu. Mungkin ianya nampak buruk. Yalah, kalau gunting lawa-lawa tugas cikgu disiplin pun kena tambah jadi penggunting rambut utama sekolah lah jawabnya. Semua pelajar dapat gunting rambut free di sekolah.
Suatu hukuman itu memang lah untuk memberi pengajaran. Dapatkah pengajaran kalau rambut pelajar yang melakukan kesalahan digunting dan didandan kemas?Itu ganjaran namanya. Tambahan lagi, pelajar tersebut hanya perlu membaiki rambutnya apabila habis waktu persekolahan. Jadi, boleh kata masalah trauma digunting rambut begitu tidak akan timbul. Lainlah jika rambut pelajar-pelajar tersebut digunting botak sampai nampak kulit kepala. Itu baru melampau sebab turut membahayakan pelajar lain yang rabun silau.haha!
Meletakkan kesalahan pada pelajar terbabit pun belum tentu wajar apatah lagi tidak mengetahui perkara sebenar. Namun, berdasarkan apa yang dapat kita baca dalam akhbar boleh dirumuskan bahawa tiada salahnya seorang guru bertindak begitu. Cuma ibu bapa terbabit sahaja yang terlebih membela anak-anak mereka. Harap-harap pihak yang benar-benar bertindak wajar mendapat sokongan yang sebaiknya. Setidaknya suatu hukuman yang lebih relevan dapat difikirkan bersama.
Gambar: Sekadar hiasan
6 comments:
cikgu melayu kot.. klu cikgu cine yg potg.. mesti tade pape..
naseb dulu aku xnakal. setakat kena warning pasal stokin je. :P
qamarul: cgu melayu xmelayu..pljr 2 dh lggr praturan..huhu
izyanti: stokin?ko xpakai stokin ke?haha
banti x pengawas leh r.. cable kuat
tak payah cable weh ! haha.
yg penting xpnah ngadu kalau stakat bnde remeh-temeh camni...am i rite?
Post a Comment