Pages

Friday, September 17, 2010

Kata-kata Itu

Tiba-tiba teringat beberapa kata-kata hikmah atau pedoman sebelum mata dilelapkan. Ada yang dapat daripada bahan bacaan, ada yang daripada mural, ada yang ketika jalan-jalan terbaca terus melekat dalam kepala dan macam-macam lagi. Jom kita singkap makna sebenar kata-kata tersebut.

Berkatalah benar walaupun ianya pahit kerana kebatilan itu sangat-sangat lebih pahit daripada kebenaran.

Satu penipuan bakal mewujudkan penipuan-penipuan yang seterusnya untuk menutup penipuan sebelumnya.

Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah, manakala amal tanpa ilmu ibarat tikus membaiki labu.

Seseorang itu tidak akan pernah betul selagi tidak dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.

Sahabat sejati ialah sahabat yang tidak pernah berubah walaupun zaman terus berubah.

Insan yang paling berjaya ialah insan yang bangkit semula setiap kali setelah gagal.

Jangan berubah untuk seseorang. Berubahlah untuk diri sendiri dan sedarkan akan rahmat Tuhan.

Sentiasalah bersikap pemaaf. Kadang-kala memaafkan lebih mudah daripada menunggu kemaafan dipinta.

Nafsu boleh membutakan hati dan membodohkan fikiran. Sehingga saatnya mata tidak lagi dapat melihat kebenaran.

Jangan pernah mempercayai seseorang seratus peratus. Sediakan sedikit ruang untuk meraguinya.

Kesempurnaan bukanlah mempunyai kelebihan dalam segala aspek. Tetapi berupaya menggunakan kelebihan yang ada dengan sebaik-baiknya.

Kecantikan sebenar lahir daripada akhlak yang mulia.

Jangan takut dipinggirkan manusia kerana  Allah sentiasa ada untuk kita.

Jangan biar yang digendong berciciran yang dikejar berterbangan.

Kemenangan sentiasa di pihak yang benar walaupun kebenaran itu sukar untuk ditegakkan.

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Kita jarang menghargai seseorang di saat bersamanya sehingga seseorang itu pergi meninggalkan kita.

Orang yang paling bahagia ialah orang yang dapat menerima semua keadaan dengan hati terbuka.

Berani kerana benar. Takut kerana salah.

Godaan syaitan sangat licik. Bila jahil, mudah ditipu. Bila alim, riak datang menghampiri.

Selepas setiap kesusahan itu ada kesenangan.

Setiap musibah itu sebenarnya lahir daripada tangan kita sendiri.

Jangan berharap orang lain membuatkan kita beruntung mengenalinya. Buatlah orang lain beruntung mengenali kita.

Di dalam tubuh manusia ada segumpal darah. Apabila ianya baik, baiklah seluruhnya. Apabila ianya rosak, maka rosaklah seluruhnya. Dan ketahuilah, segumpal darah itu ialah hati.

Memberi itu lebih baik daripada menerima.

3 comments:

sukacakap said...

salam..
aku suka 2 ni :

Kita jarang menghargai seseorang di saat bersamanya sehingga seseorang itu pergi meninggalkan kita.

dan

Sahabat sejati ialah sahabat yang tidak pernah berubah walaupun zaman terus berubah.

~

Faizal Tauhir said...

aku suke semua..haha
owh..ko msti sorang yg sgt mghargai shbt kan?
keep it..

sukacakap said...

mesti r..hak3..walaupun susah nk dpt member yg nk appreciate member2 sindri..hehe...

p/s: ade lg yg aku suka tp mls nk copy paste...huk3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...