Pages

Saturday, April 24, 2010

Kau Sahabat Syurgawi

Saat demi saat...
Kau tetap jauh..
Jauh dari mata..
Dari hati tidak sekali..
Masih lagi di sini..

Tuntunku ke jalan redha-Nya..
Agar intuisiku terus berkata..
Kaulah sahabat duniawi..
Bahkan jua syurgawi..
Membawaku mendekati Rabbul Izzati..

Kau masih jauh sahabat..
Bila kita kan bertemu..
Adakah esok?
Atau lusa?
Masih dalam rencana-Nya..
Mungkin pertemuan yang lalu..
Pertemuan yang terakhir kalinya..

Andainya tiada lagi sua..
Kuharap akan redha-Nya..
Barakah-Nya..
Serta rahmat-Nya..
Sentiasa mengiringimu di sana..

Tidak sesekali kusesali pemergianmu..
Jika dirimu tetap dirimu..
Kerana aku disini..
Masih lagi SAHABATMU..



*sahabat yang baik membawa kita ke jalan redha-Nya,
sahabat yang tercela membutakan kita akan kebenaran-Nya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...