Pages

Saturday, September 22, 2012

Hidup Ini Perlu Diteroka

Bukan sekali dugaan datang. Bukan dua kali malah berkemungkinan besar berkali-kali.
Sukar untuk kukatakan, sukar tuk kulafazkan tetapi itulah yang perlu kutelan. Namun, pasti suatu saat nanti dapat jua kuluahkan.

Kadang-kala dalam hidup ini kita perlu menjadi penyiasat. Bijak seperti Conan dalam rancangan kartun yang digemari ramai. Menyiasat apakah masalah, punca dan penyelesaian yang terbaik.
Adakala pula teknik 5Y, 4M dan kaizen perlu dilakukan. Preventive dan corrective action perlu dikenalpasti. Jika tidak, duduklah kita tersadai pada takuk lama yang semakin merapuh.
Bukan kita tidak boleh kecewa. Jauh sekali hanya melupakan semuanya pergi. Duduk merenung sebentar melepaskan segala lelah lalu bertidak. Pastinya bertindak ke arah yang positif supaya menjana result yang effective.

Dalam hidup ini kita seringkali terlupa ianya merupakan suatu perlumbaan. Yang lambat akan ketinggalan dan yang cepat dapat meraih impian. Ketinggalan tidak bermakna kegagalan kerana jalan kejayaan sentiasa terbentang. Jika jalan kita untuk berjaya di dunia terlalu sempit, jalan untuk menuju akhirat sentiasa luas. Benar, ianya sentiasa luas. Jalan yang seringkali kita lupa kerana jalan yang sempit itu ditindihkan dengan seribu kemewahan yang melalaikan.

Hidup perlu diteroka. Teroka sehingga kita temui matlamat hidup kita yang sebenar. Jangan pernah lemah kerana Allah sentiasa bersama kita. Mengadulah kepada-Nya dalam setiap titipan doa. Mengapa kita sering lupa mengadu kepada-Nya sedangkan jari-jemari pantas sahaja menaip di laman sosial mengadu masalah kita? Sepertimana yang demikian sepatutnya terlebih dahulu dan lebih kerap pula kita mengadu kepada Allah s.w.t. Sama-sama kita beringat.

Usia sentiasa mengejar. Masih banyak yang perlu aku teroka.

-Sekadar gambar hiasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...